Jumaat, 27 November 2015

CINTA KLUSTER❤
BAB 8

"Huarggghh." Alisya menguap sambil menggeliat pada awal pagi Ahad itu. Selesai mandi dan memakai baju t-shirt lengan panjang, berseluar trek dan tudung bawal creep  hitam, dia turun ke bawah untuk menolong aunty maria memasak breakfast. Alisya sudah tidak liat lagi untuk bangun awal pagi kerana dia sudah terbiasa bangun awal di asrama.

"Eh, awal bangun? " tanya aunty maria. "Nak tolong aunty masak laa"kata alisya tersengih. "Hisy, buat ape? Aunty dah biasa la masak sorang-sorang. Lagipun aunty kan tak pernah ada anak perempuan. Alisya pergilah tidur, bukan selalu tau budak asrama boleh tidur pagi macam ni." Balas aunty maria. "Eh, tak pe laa. Alisya tak mengantuk dah. Alisya nak tengok, tolong, masak dan belajar dengan aunty. Kan aunty cakap tak pernah ada anak perempuan, anggap aje alisya anak perempuan aunty. Lagipun aunty sorang aje mak saudara alisya. Alisya dah tak ade sape-sape dah." Balas alisya meminta simpati. "Hisy, janganlah cakap macam tu, ye memang aunty sorang aje ibu saudara alisya, alisya pun aunty sayang sangat tau? Okay kalau nak tolong sangat, nah tolong potong sawi ni. Jangan panjang- panjang sangat tau?" Kata aunty maria lagi. "Yeayh, boleh belajar!!"kata alisya riang sambil tersenyum lebar.

Sedang asyik memotong sayur, "ehem ehem ehem." Seseorang yang tidak diingini muncul. "Hai ma, masak apa pagi-pagi ni?" Tanya alif. "Mama nak masak kuey tiow goreng basah. Kesukaan alif jugak. " balas aunty maria. "Yeah, senanglah mama, ada orang tolong. Mesti kali ni lagi sedap kuey tiow goreng basah mama tu." Balas alif cuba mengusik alisya. Namun alisya hanya diam seperti tidak ada orang bercakap. Matanya sepenuhnya memberi tumpuan pada sayur sawi di hadapan mata. Walaupun dia mendengar, dia pekakkan sahaja telinganya. Alif mula berasa sedih lagi. Tapi dia tidak akan berputus asa. Dia menarik kerusi bersetentangan dengan alisya yang sedang ralit memotong sayur. Alif merenungnya. Alisya mula rasa tak selesa. "Aunty, sayur ni dah siap dipotong. Nak letak kat mana? ." "Letak aje kat dalam bakul jarang tu, basuh bersih-bersih, lepastu letakkan kat dalam kuali." "Err, mana bakul jarang tu?." "Ada kat dalam kabinet belakang alif tu." Balas aunty maria. Alif pun bangun daripada kerusi lalu mengambil bakul jarang di dalam kabinet itu. Dia menghulurkan kepada alisya. Alisya tidak mengambil malah hanya merenung bakul jarang itu. Alif faham, dia meletakkan bakul jarang itu di atas meja lalu beredar menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

"Okay.. dah siap masak. " kata aunty maria sambil meletakkan makanan yang sudah siap dihidang ke atas meja makan. Teruja agaknya kerana alisya yang menolongnya harini.

"Assalamualaikum.." suara garau seseorang memberi salam . "Waalaikumussalam. Eh, abang dah balik? Kenapa tak bagitahu? Ayang baru aje siap masak.."balas Aunty maria manja. "Abang nak suprisekan ayang laa. Dah 3 hari abang pergi out station, tapi bayangan sayang ada di mana-mana. Nampak sangat abang memang rindukan isteri cantik abang ni." Kata uncle ammar nakal. "Eh, dah-dah. Merah muka mar ni haa. Jom makan sama- sama. Mesti abang penat kan? Lagipun harini alisya yang tolong mar masak." "Oh ye ke? Okay jom." Segera aunty maria menarik tangan suaminya ke ruang makan yang disediakan dalam rumah mewah itu.
"Hai uncle, lama tak jumpa uncle. Uncle makin kacak laa, patut la aunty sayang sangat.." alisya muka mengusik. Kelihatan muka aunty maria sudah memerah. "Hisy kamu ni alisya, apa kurangnya kamu? Makin besar makin cantik. Buat menantu pun sesuai ni." Balas uncle semula. Berubah terus air muka alisya. Lebih kepada terkejut dan cemberut. Dina mula menyiku-nyiku lengan alisya sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Senyuman nakal muncul.'Kerek punya adik, bukannya nak tolong aku. Perli adalah' hati alisya membebel. Alisya mencerlung mata dina. Dina pun berhenti mengusiknya. Takut barangkali. Lalu aunty mengedokkan kuey tiow goreng ke pinggan setiap seorang.

Di ruang tamu..
"Dua hari alisya duduk rumah aunty, sekejap aje rasanya. Petang nanti dah nak pergi asrama semula."kata aunty maria sedih. "Ala.. aunty janganlah sedih-sedih. Nanti alisya balik lagi. Boleh tolong aunty masak, kemas rumah, berkebun, pergi jalan-jalan dan banyak lagi." Kata alisya cuba menceriakan. "Tapi lagi seronok kalau alisya boleh stay lama lagi." "Ala aunty, jangan risau. Lagi dua bulan kan ada cuti sekolah selama dua minggu. Kita boleh enjoy habis-habisan masa tu."kata alisya teruja. "Eh, ya tak ya juga. Kalau macam tu, aunty nak bawa isya dan adik-adik pergi bercuti la. Kan best! Yeayhh" balas aunty maria lagi teruja. "Isya tak kesah. Isya ikut aje. Asalkan adik-adik isya pun ikut jugak."Balas alisya tenang. "Okay set. Kejap ya? Aunty nak naik atas jap. Nak pergi tanya uncle." Aunty terus berlalu pergi sambil lari-lari anak. Tinggallah alisya seorang di ruang tamu. Adik-adiknya sibuk bermain PSP di ruang keluarga. Lalu seseorang melabuhkan punggung di sofa sebelah. "Isya dah nak balik asrama ke? Tak sempat kita nak berbual lebih." Kata alif. Alisya hanya menumpukan matanya pada televisyen, mulutnya dikunci rapat dan telinganya dipekakkan. "Isya janganlah macam ni, kan alif dah banyak kali mintak maaf? Lagipun tu kan kisah dulu. Boleh tak kalau kita buka buku baru?"kata alif lembut sambil memujuk. "Sebab kisah itu dululah aku mungkin tak ada di dunia sekarang ni. Sebab kisah dulu jugak yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku nak mintak satu jeh, boleh tak kalau kau jangan ganggu ketenteraman aku?" Kata alisya sedikit kasar. Mukanya merah menahan marah. Lalu dia membentak kakinya sambil berlari anak ke bilik. Dia menutup pintu bilik itu lalu dia merentap tudung bawal creepnya serta mencampak entah kemana. Dia mula menitiskan air mata. Dia rasa bersalah kerana berkasar begitu. Sedangkan alisya seorang perempuan yang lembut. Tapi tabah dan kuat. Lalu dia mengemas pakaiannya untuk pergi ke asrama.

Tiba-tiba iphone 6s warna pinknya berbunyi. Wajah tadi yang muram dan cemberut itu 360° berputar menjadi senyuman yang sangat lebar. "Assalamualaikum mama!!" Balas alisya riang. "Waalaikumussalam. Alisya sihat? Mama rindu sangat alisya tau? Adik-adik sihat? Macammana dengan sekolah baru alisya? Okey ke tak? Aunty layan kamu 3 beradik dengan baik ke tak?" Bertubi-tubi soalan daripada datin salmah. "Hadoi mama... kalau tanya soalan macam tu, peninglah isya. Nak jawab mana satu dulu. Haih, sabar mama. Isya tak kemana pun. Satu-satu ya mama?" Balas alisya. "Yela-yela sorry. Jawab lah soalan mama tu." Balas datin salmah tidak sabar. "Isya sihat. Adik-adik pun sihat. Isya pun rindu mama sangat-sangat tau? Sekolah baik lagi setakat nih. Aunty layan kami dengan layanan yang sangat-sangat baik mama. Kalau nak dibandingkan dengan layanan hotel 5 bintang, tak akan sama dan hotel tu jauh ketinggalan. Aunty layan kami macam anak sendiri. Sangat-sangat baik." Balas alisya cuba meyakinkan. "Haa, ye lah. Alhamdulillah kalau kamu semua sihat dan dijaga dengan baik. Alisya belajar elok-elok ya? Dah, mama kena letak phone ni. Mama call sebab nak lepas rindu aje. Bye sayang. Assalamualaikum" Kata mama lagi. "Waalaikumussalam. Mama pun jaga diri baik-baik. Bye mama. Muahh!" Serentak itu, kedua-duanya mematikan panggilan.

 Beberapa ketika selepas itu, aunty memanggilnya turun untuk bertolak ke asrama. Dina dan afiq menangis lagi sambil memeluk kakak mereka."Adik-adik jaga diri baik-baik ya? Dua minggu lagi kakak balik." Mereka mengangguk. Lalu alisya mencium dahi adik-adiknya. Sempat dia melambai ketika hendak bertolak dan seseorang hanya memerhati kereta berlalu pergi dari tingkap biliknya di atas sahaja. Satu keluhan berat dilepaskan. 'Aku gagal lagi' hatinya berbisik kecewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan