CINTA KLUSTER❤
BAB7
Akhirnya habis juga persekolahan minggu ini. Hujung minggu sudah tiba, pelajar-pelajar akan pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Malik ke sisi keluarga 'terchenta'. Alisya pula akan pulang ke rumah ibu saudaranya iaitu aunty Maria. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan adik-adik kesayangan. Namun sedikit kecewa kerana terpaksa berjumpa dengan musuh lama iaitu sepupunya,Alif yang dibenci sejak kecil lagi. Alisya termenung mengingatkan kisah lama.
"Weh isya! Jom mandi sungai. Alang-alang aku ada kat kampung nii, bukan sokmo aku balik ke Kuala Terengganu nii." Ujar alif teruja.
"Tak mboh lah isya. Isya dok pandai berenang. Lagipung kang bahaya kalu kita berdua je pergi mandi. Tak dok orang dewasa nanti nok jaga kita. Kita pun baru umur 8 tahun." Ujar alisya petah bercakap Terengganu pekat. "Hisy, mung ni penakut lah isya. Lagipung kita kang pandai jaga diri. Kita doh besor lah." Bantah alif.
"Besor apanya... kita ni kecik lagi, dok boleh memandai je. Lagipung kekgi mama isya maroh." Balas alisya separuh memujuk.
"Kalu mung tak mboh mandi pung, temanlah aku. Dok kang aku nak pergi sungai sorang-sorang." Kata alif lagi. "Kalau teman aje, okeylah. Isya ikut. Tapi isya tak mboh mandi tau... kekgi mama isya maroh." Balas alisya.
Boom! Air memercik kuat sehingga terkena alisya yang berada di pinggir sungai.
"Weh isya, best ni. Dohlah sejuk. Mung tak mboh mandi ke? Air pun bukan dalam sangat." Ujar alif bersemangat.
"Eei malaslah. Kang isya doh kabo , isya tak mboh. Isya nak teman aje." Balas isya tak puas hati.
Alif pun berenang ke pinggir sungai menuju ke Alisya yang sedang rendamkan kaki comelnya di dalam air. "Betul ke mung tak mboh mandi eah?" Tanya alif menduga. "Yee, tak mboh!" Kata alisya lagi.
Alif pun menarik kaki Alisya sehingga masuk ke dalam sungai. Alisya meronta-ronta. Dia muncul tenggelam timbul. Alif tidak membantu kerana fikirkan bahawa alisya hanya berpura-pura lemas. "To.. tolong!!" Kata alisya tenggelam timbul. Alif mula panik dan segera memapah lengan alisya naik ke daratan. Alisya sudah pengsan tidak sedarkan diri. "Alisya! weh bangun!! Isya!! Bangun!!" kata alif sambil menangis teresak-esak. Dia takut sekiranya kehilangan alisya. Dia berasa sangat bersalah lalu dia menekan dada alisya beberapa kali. "Uhuk! Uhuk! Uhuk! " alisya batuk sambil mengeluarkan air daripada mulut dan hidungnya. Alisya bangun sambil menangis lalu berkata "isya benci alif! Sampai bila- bila isya dok akan maafkan alif! Alif cuba bunuh isya!" Kata isya meneriak. "Aku mitok maaf. Aku dok sengaja. Aku main-main je. Aku ingat mung pura-pura lemas tadi." Alif memujuk. Lalu alisya bangun membentakkan kakinya sambil berlari pulang memanggil nama mamanya.
Sejak itu alisya tidak pernah lagi bercakap dengan alif walaupun kerap kali berjumpa dengannya. Malah, dia pernah memberikan jelingan maut kepada alif. Dia sudah dapat memaafkan tetapi masih belum dapat melupakan cubaan bunuh alif kepadanya. Apabila orang tuanya bertanya kenapa, alisya hanya akan berdalih. Dia tidak pernah memberitahu punca kebenciannya terhadap alif. Dulu sewaktu alisya balik menangis- nangis, dia hanya memberitahu yang dia terjatuh di dalam lopak air.
"Pin! Pin!" Hon kereta ibu saudaranya mematahkan lamunan Alisya. Aunty maria memberhentikan kereta betul-betul di hadapannya. Alisya tersenyum seraya membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta itu.
"Hey, lama tunggu?" Tanya aunty maria. "Taklah lama sangat. Hehe" balas alisya sambil tersenyum menampakkan lagi gigi yang putih bersih. "Aunty baru siap memasak tadi. Terus teringat ambik Alisya. Tu yang lambat sikit. Hihi sorry. Aunty terbaca mesej Alisya semalam suruh ambil pukul 2. Tapi aunty terlupa. Sekarang dah nak pukul 2.40 dah.." ujar aunty maria menyesal kerana kecuaiannya.
"Hisy.. tak apalah aunty, isya pun turun lambat jugak tadi.. tolong kawan kemas barang dia." Isya memberi keterangan palsu untuk menenangkan aunty maria yang kelihatan risau dan sedih.
"Okay... dah sampai" ujar aunty maria. Perjalanan selama 20 minit itu hanya sekejap sahaja dirasakan alisya. Alisya pun turun mengangkat beg sederhana besarnya kerana kebanyakan bajunya dia tinggal di asrama. Dia membawa pakaian yang perlu sahaja. Lagipun, dia pulang hanya selama dua hari. Cukuplah untuk melepas rindu yang berkepuk-kepuk di hati buat adik-adik tersayang. Dia mengekori aunty maria dari belakang. Tidak elok lah jika mendahului masuk ke rumah sebelum aunty maria. 'Hai.. sopan sungguh si alisya comel ini!'desis hati aunty maria.
"Assalamualaikum... " suara alisya membuatkan dina dan afiq berlari mendapatkannya lalu memeluk serta mencium pipi kakak kesayangan mereka. "Kakak... rindu lah kakak..."ujar dina sambil memeluk lengan alisya di sebelah kiri manakala afiq memeluk lengan di sebelah kanan. "Yelaa, sampai hati kakak tak call langsung kitaorang kan?" Rajuk afiq pula.. "haihh, akak tahu korang mesti akan rindukan kakak. Kakak bukan taknak call, tapi tak ada masa. Well, busy nak biasakan diri dengan sekolah baru. Kerja sekolah bertimbun banyaknya. Dah lah duduk asrama, kena buat laundry lagi, kena lipat kain, jemur kain, dan macam- macam lagi kerja akak kena buat sendiri. Bukan macam kat rumah kita tau? Semua bibik kita yang buat. So korang tak payah mengada-ngada nak mengajuk ke apa benda. Korang dah besar. Tahun depan nak PT3" ujar alisya satu persatu supaya adiknya mudah faham. "Kesiannya akak.. patutlah lesu, kurus. Kena buat kerja berat rupanya." Kata dina lagi.
"Kalau macam tu, kakak naiklah rehat. Meh afiq tolong bawa beg." Kata afiq pula. "Haa, dina tunjukkanlah bilik kamu kepada kakak kamu tu, dia akan duduk sebilik dengan kamu. Rumah aunty ni bukan banyak sangat bilik. Ada 4 aje. Satu, bilik aunty dan uncle. Dua, bilik alif dan afiq. Tiga, bilik kamu dengan dina. Empat, bilik tetamu. Aunty bukannya kedekut tak nak bagi kamu bilik tidur tetamu. Tapi, nanti kalau tetamu datang, tak pasal-pasal tak de bilik. Nanti susahkan kamu pula nak angkat barang pindah-randah."terang aunty maria panjang lebar. "Ya aunty, kami faham. Isya tak kesah pun kena kongsi bilik. Hihi. Dah biasa sejak tinggal di asrama" ujar alisya dalam nada bergurau.
"Yalah. Pergilah rehat. Mesti kamu penat. Nanti turun makan tau?" Pesan aunty maria.
Dalam pada kami berbual, sepasang mata memerhatikan gerak-geri alisya. Tiga beradik itu memulakan langkah menaiki tangga rumah banglo dua tingkat itu untuk ke tingkat atas. Tiba-tiba alisya berhenti melangkah apabila melihat sesusuk tubuh yang merenungnya daripada atas.
"Eh, isya dah balik ke?" tegur alif cuba berbaik dengannya. Namun hampa, alisya hanya meneruskan langkah lalu terus masuk ke dalam bilik tanpa menjawab pertanyaan alif. Dia beraksi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Alisya terus menutup pintu bilik apabila afiq keluar setelah meletakkan beg alisya ke dalam bilik dina.
"Kenapa akak tak layan soalan abang alif?" Tanya dina pelik dengan sikap kakaknya yang agak 'kurang ajar' itu.
"Tak penting" jawab alisya bersahaja sambil membuka tudung bawal creep coklatnya lalu menyangkut di hanger yang tersedia di dalam almari.
"Aik, kenapa tak penting pula? Tak baik tau buat orang tertunggu-tunggu tanpa jawapan macam tu.. " kata dina lagi. "Kalau orang lain, mungkin ya. Tapi kalau dia, tak apa buat macam tu." Kata alisya lagi sambil baring di atas katil empuk bersaiz 'queen' itu. "Aikkk" senget muka dina setelah mendengar kenyataan alisya. Bertambah-tambah pelik dia dengan sikap kakaknya yang acuh tidak acuh itu. Dina pula berlalu keluar daripada bilik untuk menonton televisyen. Lalu alisya lelap kerana keletihan. Ditambah pula dengan pengdingin hawa yang menyejukkan, membuatkan dia terus tidur sebaik sahaja meletakkan kepala di atas bantal.
P/s: dear pembaca-baca semua, anda dialu-alukan untuk like dan komen atau mengkritik hasil novel ini dibawah. Manalah tahu kan, komen yang positif boleh menaikkan lagi semangat kami untuk menulis novel. Kalau ad yang tak puas hati pun, boleh meluahkan rasa hati anda supaya kami boleh memperbaiki hasil penulisan kami. Harap sporting semua:)
-misssyasym-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan