CINTA KLUSTER❤
BAB 1
"Dina! Pergi tengok kakak kamu kejap, dari tadi lagi jam loceng tu berbunyi hah tapi tak bangun-bangun jugak kakak kamu tu, tido mati agaknya kakak kamu tu.. kalau kakak kamu tu tak bangun jugak, kamu geletek aje. Nanti bangun lah tu.." bebel datin salmah iaitu mama kepada tiga orang adik beradik iaitu Alisya Humairah binti Luqman, Irdina Sofea binti Luqman dan Afiq Farhan bin Luqman.
'Haih bukan senang ada anak dara ni, bangun lambat, haish nak jadi apelah anak-anak aku ni..' gumam hati datin salmah
Tok tok tok!
"Akak! Bangunlah!! Dah pukul berapa ni, tahulah cuti solat tapi tak payahlah bangun lambat awak tu anak dara"bebel irdina sofea atau nama pendeknya dina.
"Akak orang masuk eh.. jangan marah tau, mama suruh orang kejutkan akak" kata dina lagi. Terbuntang mata dina.
"Astagfirullahalazim, akakk!! Bangunlah! Mama dah membebel seguni tahu tak akak bangun lambat, cair taik telinga dina tau duk dengar mama membebel.. bangunlah! Kalau akak tak bangun adik geletek akak sampai terkencingkan baru tahu"ugut dina lagi.
Alisya bergerak sedikit lalu berkata dengan suara yg serak-serak basah.
"Yela yela orang bangun, kacau la adik ni, orang baru mimpi jumpa 'prince charming', kejap lagi orang bangunlah"kata alisya selamba seraya menarik kain gebar kembali untuk sambung tidur tapi belum sempat mata terlelap, tiba-tiba alisya terasa seperti ada tangan menggeletek pingganggnya, maunya tak menjerit, bergegar rumah dibuatnya.
"Yela yela akak bangun ni ha, huarghhh"kata alisya sambil menguap dan menggeliat.
"Eei mulut akak busuk tak gosok gigi lagi pergi la mandi cepat, wangi-wangi tak lah busuk macam orang tak mandi seminggu!"usik dina sambil menutup hidung
"Eleh, macamlah dia tu wangi sangat, yela org pergi mandi"alisya merengus.
"Morning mama"ucap alisya sambil mencium pipi kanan mama kesayangannya
"Hah baru bangun ingatkan dah tak nak bangun, matahari atas kepala baru nak bangun. hish ape nak jadi la kamu ni isya?"bebel mama sekaligus dengan perlian lagi 'haa kan dah kena, tula bangun lambat lagi siapa suruh' bebel hati alisya lagi
"Ala mama, sekali sekala je, lagipun hari cuti kan.. no bebel-bebel la mama, nanti rezeki lari kan mama kan?"pujuk alisya smbil mengerdipkan bulu matanya yang lentik dan tebal itu beberapa kali buat muka comellah katakan nak pujuk mama supaya tidak meneruskan sesi pembebelan beliau
"Yela yela, pandai la kamu pujuk mama, dah jom makan, mama pergi panggil papa sekejap. Isya, pergi panggil afiq"suruh mama sambil berjalan menuju ke arah ruang tamu untuk memanggil papa yang sedang membaca akhbar. Sememangnya rutin harian papa membaca akhbar di pagi hari pada waktu cuti sementara menunggu sarapan pagi siap dihidangkan.
Sedang mereka sekeluarga enak menjamu selera, tiba-tiba papa bersuara,
"kejap lagi kamu semua masuk bilik membaca okay? papa ada hal yang nak dibincangkan dengan kamu semua"
"Apedia papa?" Sampuk afiq
"Hisy, kejap lagi la papa beritahu, makan dulu, tak menyempatlah kamu ni" perli papa atau nama penuhnya Dato' Luqman bin Bakar merupakan CEO syarikat AIA Holdings.
Papa seorang yang penyayang tetapi penuh dengan ketegasan. Lebih-lebih lagi dalam hal mendidik anak-anaknya. Beliau tidak mahu memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan yang ada serata menjadi orang yang berbangga dengan kemewahan yang diberi pinjam oleh-Nya.
"Papa pergilah tunggu dalam bilik membaca dulu, sya nak tolong mama kemas dapur kejap, tadi dina dah tolong, sekarang giliran sya pula.. kejap lagi sya dengan mama masuk" ujar alisya.
Sedang alisya sibuk membasuh pinggan, dina bersuara "mama, papa nak cakap apa tu mama? Macam serius aje bunyinya?"
"Haah la mama, hal apa yang papa nak bincangkan tu? Macam serius je.. seram sya dengar"sampuk alisya lagi
"Isy kamu ni.. ape pulak seram, papa kamu bukannya nak cerita hantu.. adelah tu hal yang nak dibincangkannya, kamu dah siap ke kemas ni? Kalau dah siap, pergi masuk bilik membaca cepat, nanti masam pulak muka papa tu tunggu kamu berdua lama sangat kemas dapur, kejap lagi mama masuk." Ujar mama panjang lebar.
"Yalah, jomlah dik, kite pergi dulu"balas alisya lalu berjalan beriringan dengan irdina menuju ke bilik membaca.. sememangnya bilik membaca merupakan ruang yang disediakan untuk kitaorang satu family membaca, membuat rujukan serta mengulangkaji di sini. walaubagaimanapun, bilik ini juga digunakan sekiranya ada perkara yang penting yang hendak dibincangkan. Kata papa ada 'privacy' sikit bincang dalam ni.. tak ada orang dengar.
"Sya, mana mama kamu?"tanya papa mematahkan lamunan alisya.
"Ah? Oh.. mama cakap kejap lagi mama naik."jawab alisya.
Beberapa minit kemudian mama masuk ke dalam bilik membaca.
"Baiklah, semua dah ada kat sini, papa ada sesuatu yang nak dibincangkan. Papa dengan mama terpaksa pergi ke luar negara untuk setahun kerana terpaksa menguruskan urusan kerja dekat sana, ada masalah sikit."terang papa tenang
"Luar negara? Habis tu? Kitaorang ikut jugak ke? Yeah! ada jugak chance nk jadi mat salleh, papa nk pergi tengok syarikat papa yang dekat Australia tu ke? Wah bestnya"afiq bersuara dengan riang
"Afiq papa tak habis cakap lagi tu, dengarlah sampai habis dulu" tegur mama perlahan
"Hehe sorry mama papa, ter'over excited' tadi"
"Kamu semua tak ikut, sebab kamu semua masih belajar lagi, papa tak nak ganggu kamu semua belajar, so papa nak pindahkan kamu semua ke kuala lumpur duduk dengan aunty maria, mereka sekeluarga sudi nak jaga kamu. Kamu jangan bimbang, papa bukannya tak balik terus, papa balik la sekejap-sekejap jenguk anak-anak papa ni"jelas papa dengan tenang. Sememangnya papa seorang yang tenang dalam melakukan apa-apa hal. Biarpun melibatkan urusan keluarga mahupun pejabat, disebabkan itulah pekerja-pekerjanya sangat menyenangi sifat bos besar mereka kerana tidak mudah melenting dan sentiasa beriak tenang apabila ada yang melakukan kesalahan kecil mahupun besar.
Muka afiq yang tadinya ceria berubah muram. Sememangnya afiq agak manja dengan papa dan mama berbanding kakak-kakaknya, ini kerana hanya dia seorang sahaja anak lelaki dan merupakan anak bongsu dalam keluarga ni.Manakala dina dan isya terdiam, otak sedang ligat memproses apa yang papa beritahu tadi.
Dina bersuara lagi memecahkan kesunyian, "habis tu kitaorang pindah sekolah kat kuala lumpur ke?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan