CINTA KLUSTER❤
BAB 2
Pagi itu, alisya bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur. Dato' Luqman telah mendaftarkan dia ke sebuah sekolah kluster. Sekolah itu dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Malik. Oleh kerana alisya mendapat keputusan yang sangat cemerlang pada peperiksaan PT3 yang lepas, jadi, sangat senanglah dia diterima masuk ke sekolah ini. Lagipun, hanya yang layak dan yang terbaik sahaja dibenarkan masuk ke sekolah ini. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang berasaskan asrama penuh. Walaupun dia sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan lamanya, dia juga teruja kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu nanti. Adik-adiknya pula ditempatkan di sekolah biasa sahaja berdekatan dengan rumah ibu saudaranya supaya senang untuk dihantar dan diambil. Adik-adik alisya tidak mahu bersekolah bersama alisya dengan memberikan alasan bahawa mereka tidak mahu tinggal di asrama kerana mereka masih belum tahu menguruskan diri sendiri. Lagipun mereka baru sahaja berumur 14 tahun . Mereka mempunyai umur yang sama adalah kerana mereka merupakan kembar tak serupa. Dina adalah kakak kepada Afiq. Dia dilahirkan 4 minit sebelum afiq.
"Isya.. dah siap ke belum? Cepatlah.. kita dah nak bertolak ke KL nii."kata mama sambil mengangkat barang-barang miliknya.
Papa sedang sibuk menyusun barang-barang di dalam bonet kereta.
"Yelah mama.. isya dh siap nii. Otw, turun.."kata alisya sedikit menjerit dari tingkat atas.Alisya mengangkat barang-barangnya turun ke bawah. Dia akan dihantar terus ke asrama. Manakala adik-adiknya akan dihantar ke rumah ibu saudara mereka. Mama dan papa pula akan bertolak terus ke Australia selama setahun untuk menguruskan cawangan syarikat Dato' Luqman yang sedang mengalami masalah yang agak besar. Selesai menyusun semua barang dalam bonet kereta, mereka bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuala lumpur. Perjalanan selama lapan jam sangatlah membosankan mereka.
Setelah beberapa jam di dalam kereta Starex, Dina tiba-tiba bersuara.
"Mama, macammana kalau kami rindu mama nanti?" Kata dina sambil mengesat air mata.
"Yelah mama.. kami bukan rapat sangat pun dengan aunty dan uncle tu." Sampuk afiq.
Sedari tadi alisya hanya mendiamkan diri tanda protesnya terhadap perpisahan ini.
"Haihh, janganlah cakap macam tuu. Kita tetap akan selalu berhubung walau apa pun yang jadi... mama dan papa akan selalu 'call' anak-anak mama. Kita kan boleh skype.. terubatlah sikit rindu kita nanti... "kata mama tenang walaupun sedikit sebak dihatinya.
"Hai dina.. takkan rindu mama je, papa tak rindu ke? Gurau papa untuk memulihkan suasana muram itu.
"Alaa.. dina rindu semuanya laa." Rengek Dina lagi.
Mama dan papa serentak tertawa dengan rengekan Dina.
"Afiq.. janganlah cakap macam tuu.. nanti kalau dah tinggal lama-lama dengan uncle dan aunty nanti.. rapatlah tuu. Afiq dan dina boleh main dengan abang alif nanti." Kata mama seraya teringat pernyataan afiq tadi. Papa pula hanya diamkan diri sahaja. Sebenarnya Dato' Luqman juga terasa sedih untuk berpisah dengan anak-anaknya. Namun begitu, beliau terpaksa juga berpisah sementara untuk menyelamatkan syarikat yang bermasalah sekarang ini.
"Isya.. kenapa senyap aje nii.. dah tidur ke? " mama bersuara setelah menyedari bahawa alisya hanya diam sejak tadi.
"Taklah mama.. isya tak ada apa nak cakap. Sebab tu isya diam aje" dalih alisya. Sebenarnya dari tadi lagi dia mengalirkan air mata. Dia amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapanya. Dia tidak pernah berpisah dengan mereka sebelum ini.
Mama pula yang terdiam kata setelah mendengar kenyataan daripada alisya. Dia tahu bahawa alisya sedang bersedih kerana suaranya yang agak serak akibat tangisan tadi.
Apabila sudah sampai di rumah aunty maria, mereka semua turun untuk bersalam- salaman sambil minum-minum . Adik-adik alisya mengangkat barang-barang mereka masuk ke dalam rumah aunty maria.
"Assalamualaikum.." mereka berkata serentak.
"Waalaikumussalam.. eh, semua sudah sampai? Jemputlah masuk" pelawa aunty maria mesra. Mereka segera menapak di dalam rumah.
"Jemputlah duduk semuanya.. tunggu kejap ya? Nak buat air kejap."katanya sambil berlalu ke dapur. Sempat juga mama berkata" eh, tak payahlah susah-susah.. kami singgah ni pun kejap aje. Cuma nak hantarkan dina dengan afiq nii. Tak mahulah menyusahkan mar pula.." ujar mama.
"Hisy, tak sudi ke merasa air aku nii mah.. lagipun kau tak menyusahkan pun. Kau tu kan kakak ipar aku jugak..." gurau aunty maria.
"Bukan tak sudi lahh mar. Aku tahu air tangan kau tu sedap. Cuma taknaklah menyusahkan..." balas mama sambil ketawa.
"Mana alif mar?" Tnya papa setelah lama berdiam diri. Aunty maria berjalan ke arah kami dengan menatang sedulang air oren sejuk.
"Oh, alif pergi main bola tadi dengan kawan-kawan dia dekat futsal berdekatan." Ujar aunty maria. Tiba-tiba aunty maria mengerling alisya yang hanya berdiam diri sejak tadi.
"Alisya, kenapa diam aje ni? Tak suka ke datang rumah aunty? Ke.. kecewa sebab alif tak ada? Tanya aunty maria sambil bergurau. Alisya hanya tersengih sumbing lalu berkata"eh, ape pulak tak best.. best ape rumah aunty nii.. dah lah dapat minum free. Sedap pulak tuh." Gurau alisya sambil meneguk air oren yang sudah dihidang. Alisya sememangnya terkenal dengan sifat gurau sendanya dan ramah. Jadi, orang disekelilingnya akan berasa senang dengan kehadiran gadis manis ini.
Selepas beberapa minit berbicara sambil bergelak ketawa, almaklumlah lama tak berjumpa. Tiba-tiba seseorang memberi salam.
"Assalamualaikum." Pemuda itu memberi salam sebelum menapak masuk ke dalam rumah. Mereka semua yang sedang berbual segera berpaling ke belakang lalu pemuda itu tersengih. Jelas terlihat kekacakan di wajah pemuda itu.
"Waalaikumussalam". Jawab mereka serentak.
"Eh, aunty, uncle. Apa khabar?" Alif segera bersalam-salaman dengan ibu dan bapa saudaranya. "Khabar baik alif.." kata mama sambil tersenyum.
Alif juga sempat mengerling ke arah alisya sebelum meminta diri untuk naik ke tingkat atas kerana hendak mandi.
"Kalau begitu, kami minta diri dulu ya? Sudah lewat ini. Nanti takut terlepas pula penerbangan" kata papa sambil bangun untuk beredar. Mereka bersalam- salaman dan bercium pipi dengan aunty maria. Manakala, dina dan afiq sudah memderaikan air mata mereka yang sudah ditahan sejak daripada tadi.
"Mama, papa janganlah tinggal kami.. kami nak ikut.." kata dina sambil menangis. Afiq hanya mengangguk.
Alisya juga turut bersedih kerana berpisah sementara dengan adik-adiknya kerana dia akan dihantar ke asrama sebentar lagi.
"Sudah-sudah, janganlah menangis. Mama dengan papa akan balik sekali-sekala untuk menjenguk anak-anak mama nii. Kita kan selalu berhubung. Tak payah risaulah." Kata mama tenang sambil memeluk anak-anaknya. Papa pula hanya berdiam diri sambil menepuk-nepuk bahu isterinya.
Setelah puas berpelukan, mereka berpisah dengan Dina dan Afiq. Sempat alisya melambai sebelum masuk ke dalam kereta.
Selepas itu, mereka pun bergerak ke SMK Tengku Malik. Alisya juga turut memeluk mama dan papanya. "Isya jaga diri baik-baik ya? Mama doakan yang terbaik untuk isya dan adik-adik selalu." Kata mama sambil menggosok kepala alisya. Papa juga turut membuat begitu. Lalu papa berpesan kepada alisya, " isya belajar baik-baik tau? Banggakan mama dan papa." Kata papa tenang. Alisya pula hanya mengangguk-ngangguk mengiyakan. Alisya tidak mampu bercakap banyak kerana terlalu sebak. Selepas mengeluarkan barang-barang alisya daripada bonet kereta, mama dan papa masuk ke dalam kereta untuk bertolak ke KLIA 2. Alisya melambai- lambai ibu bapanya buat kali terakhir. Selepas mengesat air mata yang berderai sejak tadi, dia mula mengangkat barang-barang untuk masuk ke asrama. Semasa berjalan menuju ke dalam pagar asrama, kelihatan beberapa pelajar berjalan masuk juga sambil tersenyum ke arah alisya. Alisya segera membalas senyuman itu. Selepas bersusah payah menaiki tangga asrama puteri sambil membawa beg yang berat , akhirnya alisya terjumpa nombor biliknya. Dia tersenyum lalu memberi salam sebelum menapak masuk kedalam bilik. Kelihatan dua orang remaja perempuan sedang berborak sakan diatas katil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan