Sabtu, 21 November 2015

CINTA KLUSTER❤
BAB 4
Kriiingggg!!!, kriiingggg!!! Bingit jam loceng alisya yang menjerit-jerit menyuruhnya bangun. Alisya mengeliat lalu berusaha membuka matanya yang mengantuk. Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Dia perlu bangun awal pagi ini kerana ini adalah hari pertamanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Malik. Alisya mencapai tualanya lalu pergi ke bilik mandi asrama, walaupun agak takut tapi alisya tetap memberanikan diri untuk mandi di awal pagi, ini kerana dia tidak mahu menunggu turn untuk mandi, nanti tak pasal-pasal masuk lambat ke kelas pada hari pertama,buat malu aje. Sementara itu, rakan-rakan alisya masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Selesai mandi, dia memakai baju sekolahnya yang tergantung elok di hanger selepas digosok semalam, lalu Alisya menyusun buku-buku teks dan barang keperluan yang perlu dibawa ke dalam beg sekolahnya.

Kelihatan Yana, sarah dan qiela sudah pun bersiap membersihkan diri sementara Alisya hanya perlu menunggu mereka bersiap untuk turun sarapan bersama di dewan makan asrama.

Alisya dikehendaki berjumpa dengan guru kelas dahulu sebelum memasuki kelas baharunya lalu dia meluru ke bilik guru wanita manakala rakan-rakannya yang lain menuju ke kelas masing-masing.Qiela menduduki kelas yang pertama iaitu 4pintar, sememangnya qiela seorang yang bijak namun agak lemah dalam matapelajaran matematik dan matematik tambahan. Sarah dan yana pula duduk di kelas yang kedua bersebelahan dengan kelas pertama iaitu kelas 4bijak. Kelas ketiga pula ialah kelas 4 cerdik, setiap tingkatan hanya mempunyai 3 kelas sahaja, ini kerana bilangan pelajarnya yang sedikit dan hanya orang tertentu sahaja yang dapat mendaftar masuk ke sekolah ini.

Alisya perlu berjumpa dengan guru kelas baharunya iaitu puan Rozana supaya dapat mengetahui kedudukan kelasnya.

Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum cikgu... " Alisya memberi salam sebelum masuk ke dalam bilik guru wanita.
"Waalaikumussalam." Jawab beberapa orang guru yang berdekatan. Alisya segera meluru ke meja guru yang berdekatan untuk bertanya.
"Err, cikgu? Maaf saya nak bertanya, yang mana satu meja cikgu Rozana? Tanya alisya takut-takut.
"Ooo, Cikgu Rozana? Yang tu meja kat tepi sebelah kanan di hujung dinding tu. Jawab cikgu itu sambil menunjuk- nunjuk menggunakan jarinya. Alisya mengucapkan terima kasih sebelum beredar lalu menuju ke meja yang ditunjukkan tadi.
"Err, assalamualaikum. Ni cikgu Rozana ke? Saya pelajar yang baru daftar ke sini, nama saya Alisya Humairah. Saya diminta berjumpa dengan cikgu sebelum masuk ke kelas." Jelas alisya. "Waalaikumussalam. Ya, sayalah cikgu Rozana. Ooh.. kamu ni pelajar yang baru daftar minggu lepas ya? Cantik nama kamu. Okay... sekarang ikut saya, kita ke kelas." Kata cikgu Rozana lembut. Sememangnya cikgu ini sangat lembut pertuturannya serta mempunyai suara yang merdu. Alisya segera mengekori langkah cikgu rozana menuju ke kelas. Semakin laju degupan jantung alisya selepas melepasi beberapa kelas lain. Apabila cikgu rozana memberhentikan langkah di hadapan sebuah kelas, seperti mahu luruh jantung alisya, berdebar entah kenapa. Cikgu Rozana menapak masuk ke dalam kelas tersebut. Yang tadinya hingar bingar, kini senyap seperti malaikat lalu. Alisya hanya menunggu di hadapan pintu sebelum cikgu rozana memanggilnya masuk. "Okay kelas, harini hari pertama persekolahan kamu pada tahun 2016. saya cikgu Rozana akan menjadi guru kelas kamu semua dan cikgu nak memperkenalkan kamu semua dengan rakan baru kamu yang baru sahaja berpindah kesini. Masuk". Alisya pun memulakan langkah kanannya untuk masuk ke dalam kelas itu. Dia hanya menundukkan wajahnya. Masih belum berani untuk mengangkatnya. "Perkenalkan diri kamu." Kata cikgu rozana.
"Hai. Nama sa...saya Alisya Humairah binti Luqman. Panggil aje Sya. Semoga kita dapat berkawan dengan lebih mesra." Kata alisya mesra tetapi gagap kerana ketakutan. Alisya mempamerkan senyuman semanisnya kepada semua pelajar di dalam kelas itu. Apabila dia memerhatikan wajah setiap seorang, baru dia perasan yang rupa- rupanya dia sekelas dengan qiela. Terdapat juga gadis-gadis yang berbisik-bisik siap menjeling lagi. Barangkali cemburu dengan paras rupa yang dimiliki alisya. Sungguh, alisya sangat cantik. Wajahnya yang bersih, licin tanpa sebarang jerawat, air mukanya yang suci,berkulit putih kemerah-merahan. Sesuai dengan namanya humairah. Hidungnya pula kecil sahaja tetapi mancung. Badannya yang tinggi serta ramping, matanya bulat dibonuskan dengan bulu matanya yang lentik, cukup membuatkan hati para pemuda yang melihatnya terpikat. Senyuman di bibir nipisnya dengan gigi putih yang tersusun rapi mampu membuatkan orang lelaki cair melihatnya. Kerana itulah, beberapa pelajar lelaki  memandangnya dengan senyuman nakal. Lalu alisya ternampak seseorang yang membuat jantungnya bergetar dengan lebih hebat. 'Eh, lelaki nii... aku nampak dekat dewan makan semalam. Yaa.. ak yakin! pasti dialah lelaki semalam. Matanya sama. Aku tidak boleh lupakan matanya yang bersinar itu. Mata itulah yang buatkan aku tak boleh tidur semalam. Mata itu juga yang aku nampak dalam mimpi aku semalam. Ya, tak lain tak bukan, memang sah dia lelaki itu' gumam alisya di dalam hati.
"Hai sya..." jawab semua pelajar. "Okay alisya, sudah siap memperkenalkan diri?" Tanya cikgu rozana. "Ya sudah."jawab alisya. "Okey kamu boleh duduk di kerusi kosong di sebelas qiela."ujar cikgu rozana. Alisya segera mengatur langkah kesebelah qiela. Dia sedar bahawa ramai pelajar sedang memerhatikan langkahnya. Jadi, dia berjalan dengan lebih berhati-hati, kerana takut juga jikalau tiba-tiba tersadung kaki meja. Lebih seminggu nak benam kepala dalam tanah. Malu beb!
"Okey semua dah ada. Buka buku teks bahasa melayu sekarang. Mukasurat 1. Kita akan mula belajar." Kata cikgu Rozana. "Ala cikgu.. baru first day. Takkan nak belajar dah kot." Kata salah seorang pelajar lelaki. "Yelaa cikgu.. takkanlah belajar dah kot." Sambung kawannya di sebelah. "Sebab first day lah kene belajar rajin-rajin. Kenalah bersemangat. Buat azam baru. Tahun depan kan dah nak spm" Kenyataan daripada cikgu Rozana membuatkan semua orang mengeluh. Namun tidak berani lagi membantah. Mungkin cikgu Rozana kelihatan tenang setenang air. tapi bak kata pepatah melayu, 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya.'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan