CINTA KLUSTER❤
BAB 6
"Sya kau tak nak balik lagi ke?"tanya qiela sambil menyusun buku ke dalam beg untuk pulang ke asrama
"Tak nak lagi la.. lagipun aku bertugas sapu kelas hari ni, lagipun kelas ni dah kotor, lepas aku siap menyapu aku balik.. kau balik lah dulu"jawab alisya
"Oh, okaylah kalau kau dah cakap macam tu. Aku balik dulu la, tak apa ke kalau aku tinggal kau ni?" Tanya qiela beriak risau.
"Tak apa la, aku kan dah besar bukannya ada hantu. Dah la, kau nak balik pergi la balik dulu aku nak menyapu kejap..."balas alisya sambil ketawa besar.
"Weh, kau balik ah dulu. Aku nak masuk kelas jap." Ujar asy yang menggalas sebelah tali beg di bahu kanan sambil tangan diletakkan ke dalam poket seluar. Nampak macho sangat! Beberapa orang pelajar perempuan yang kebetulan lalu di situ mengerling beberapa kali ke arah asyraf.
"Kau nak buat apa?"tanya aeril kebingungan. Setahunya sekarang dah habis waktu sekolah
"Aku kena bertugas lah hari ni"jawab asy malas-malas
"Oh, okay nanti jumpa kau kat surau"aeril berkata lalu beredar menuju ke asrama.
Asyraf berjalan menuju ke arah kelas sambil muka menunduk ke bawah, apabila sampai di depan pintu kelas dia melihat seorang pelajar perempuan sedang menyapu membelakanginya.
'Siapa tu?'hati asy tertanya-tanya. Asyraf berjalan perlahan menuju ke arah gadis itu berniat untuk mengejutkannya namun belum sempat asyraf berbuat sedemikian, gadis itu sudah berpaling ke arahnya dengan wajah yang terkejut sambil mengundur kebelakang dengan tergesa-gesa menyebabkan alisya terpijak kainnya lalu terjatuh kebelakang sambil menutup mata dan menjerit "mama!" Tiba-tiba alisya terasa seperti ada tangan yang berpaut kemas di pinggangnya, alisya membuka matanya dan terkejut melihat seraut wajah yang mampu membuatkan hatinya bergetar selama ni.. asyraf!
'asyraf sambut aku!' Hati sya berbisik.
Sedang ralit sya merenung wajah didepannya
"Aku tahu aku handsome tak payahlah renung aku lama-lama, nanti jatuh hati kau jugak yang susah. Aku dah lenguh ni pegang pinggang kau, kau tak nak bangun ke?" Suara asy mendatar.
Merona merah muka alisya dibuatnya.
"Er maaf maaf, saya... saya tak sengaja" alisya membetulkan kedudukannya sambil memohon maaf dengan muka bersalah.
"Hmm.. lainkali tak payahlah terkejut sampai jatuh macam tu, kalau orang lain yang sambut kau tadi macam mana? Kalau dia buat macam-macam kat kau macam mana?"marah asyraf sambil mengajukan soalan bertubi-tubi.
"Er.... "alisya terpinga-pinga kerana diajukan dengan soalan bertubi-tubi.. otak seperti tidak sempat memproses apa yang ditanya tadi.
Asyraf merenung alisya tajam.
"Hisy, lainkali masuk tu bagi salam, tak pun ketuk lah pintu dulu takdelah saya terkejut sampai terjatuh macam ni"balas alisya tak puas hati.
"Eh orang dah tolong tak de pulak nak berterima kasih, membebel je."rungut asyraf.
'Comella muka dia memerah tadi' bisik hati asy tiba-tiba
'Isy, yang kau puji dia kenapa?'hati asyraf berbisik lagi.
"Tak ikhlas langsung. Ye la. Terima kasih ya encik asyraf. Terima kasih banyak-banyak kerana dah selamatkan saya. Lain kali tolong tu biarlah ikhlas tak payahlah mengungkit, tak pasal-pasal tak dapat pahala"rungut alisya sambil menyapu kembali sisa sampah tadi lalu menggalas begnya dan berlalu keluar dari kelas dengan muka yang pelbagai rasa, malu, cemberut, geram dan secebis perasaan gembira.. Asyraf ditinggalkan terpinga-pinga di dalam kelas.
Alisya berjalan menuju ke arah dewan makan bersama rakan-rakannya, sedang enak menjamu selera tiba-tiba sarah bersuara "oih sya, kau dah kenapa? Dari tadi aku tengok termenung je?"
"Er.. tak ada apa-apa lah, cuma letih sikit.. tak payah risau lah"balas alisya
"Betul ni okay? Kalau macam tu tak apalah. Kalau kau ada masalah, kau boleh share dengan kitaorang. Kau jangan pendam tau! apa gunanya kawan kan kalau tak ambil berat tentang kawan dia kan"sarah bertutur penuh prihatin
"Terima kasih semua tapi aku tak apa-apa pun"alisya tersenyum senang kerana mempunyai kawan yang prihatin seperti mereka.
"Weh weh, kau tengok tu, prince charming datanglah. Weh dia datang sini weh!"qiela bersuara perlahan dengan nada teruja sambil tangannya menunjukkan ke arah asyraf and the gang berjalan
"Mana? Mana?"tanya sarah bersemangat.
Dada alisya berdebar-debar seperti hendak meletup. 'Dia datang sini? betul ke? Nak buat apa?'hati alisya tidak keruan
Tiba-tiba ada suara garau dibelakangnya menyapa gegendang telinga alisya
"Nah pen kau" asyraf menghulurkan sebatang pen. Alisya berpusing perlahan-lahan ke belakang.
"Huh?"sya terpinga-pinga sambil mengambil pen yang dihulurkan oleh asyraf.
"Kau tertinggal hari tu. By the way, aku nak minta maaf sebab hari tu aku.. aku termarah kau"asy berpura-pura tenang sedangkan hati berdebar sakan
"Oh.. er.. it's okay.. prihatin juga kau eh. Thank you" alisya mula membiasakan diri aku-kau.
Merah telinga asyraf mendengar pujian alisya.
"Ehem"kedengaran deheman rakan-rakan Alisya sambil tersenyum penuh makna.
Pelajar-pelajar perempuan yang lain dari tadi lagi tidak berhenti menjelingnya, ada yang berbisik, maklumlah jejaka idaman pergi bercakap dengan puteri jelita, bertambahlah api cemburu mereka tambah lagi wajah Alisya yang comel yang mungkin dapat menarik perhatian asyraf.
"Er .. welcome.. btw i've got to go now."balas asyraf sambil beriak tenang dan berjalan keluar dewan makan 'Asy, relax lah, macam lah sebelum ni kau tak pernah bercakap dengan perempuan, yang kau kalut sangat ni kenapa?' Bisik hati asy.
"Alisya sayang..... kau tak cerita apa-apa pun kat kitaorang pasal prince charming? Kau tak nak cerita kat kitaorang ke?"qiela membodek alisya dengan senyuman penuh makna
"Kalau kau tak nak bagitau kitaorang.. jangan tegur kami sampai kau nak bagitau! Huh!" Sarah pura-pura merajuk sambil memuncungkan bibir seperti mulut itik.
"Ololo, korang janganlah merajuk, panjang cerita dia.. na..."
"Pendekkan!!"belum sempat alisya menghabiskan ayat, sarah dan qiela sudah memotong percakapan alisya.
"Eei, yela yela nanti malam aku cerita eah, dahla merajuk tu.. jom kita siap cepat, nanti nak pergi surau pula solat maghrib. Kau nak kena denda ke sebab datang lambat?" Provoke alisya. 'Alahai, mati la aku malam ni. Oh tidakkkk!'hati alisya menjerit .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan