CINTA KLUSTER❤
BAB 3
"Err, assalamualaikum.. maaf ganggu awak berdua, ni bilik Ar-raudhah kan?" Tanya alisya dengan senyuman yang manis di hadapan pintu bilik asrama.
"Waalaikumussalam. Yup, ni bilik Ar-raudhah. Ehh, awak nii pelajar baru ke? Masuklah" ajak salah seorang daripada gadis itu mesra.
"Hehe. Ya saya baru masuk ke sekolah ni. Terima kasih" jawab alisya sopan sambil menapak masuk ke dalam bilik. Alisya memilih katil di hujung dinding bilik yang kelihatan masih kosong. Alisya meletakkan barang-barang yang dibawa ke sebelah katilnya lalu berbaring di atas katil melepaskan lelah yang bersisa. Perbuatan Alisya itu diperhatikan oleh dua orang gadis tadi membuatkan Alisya berasa tidak selesa lalu bangun dari pembaringan
"Err, kenapa awak berdua tengok saya macam tu? Saya pakai baju terbalik ke? "Soal alisya bingung.
Dua orang gadis yang berbual tadi berjalan ke arahnya sambil tersenyum manis. Gadis yang agak pendek itu menghulurkan tangannya untuk memperkenalkan diri "Hai, nama saya Diyana, awak boleh panggil saya yana". Alisya menyambut tangan tersebut dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya sejak tadi. Gadis yang agak tinggi dan berdiri di sebelah yana turut menghulurkan tangan untuk memperkenalkan diri "Hai, saya syaqiela, you can call me qiela." Balasnya ramah.
Alisya hanya ketawa sambil menghulurkan tangan kepada keduanya sambil memperkenalkan diri. "Saya pula Alisya Humairah. Panggil saya sya."ujarnya sambil tersenyum.
Tiba-tiba seorang gadis berlari masuk ke bilik dan memberikan salam.
"Assalamualaikum. Woi Yana! qiela! Aku ada cerita nak bagitau nii!!" Gadis itu terkocoh-kocoh membuang kasut lalu masuk ke ke dalam bilik dan mengheret beg bajunya ke katil yang bersebelahan dengan katil Alisya
"Waalaikumussalam" jawab gadis bertiga itu.
"Eh, ni siapa? Student baru ke?"tanya gadis itu musykil.
Alisya terpinga-pinga melihat gadis yang memakai baju t-shirt berwarna putih dan memakai seluar jeans serta cap tersarung kemas di kepala. Sehelai baju kemeja kelihatan terikat kemas di pinggang sebijik gaya orang k-pop.
'Er, budak ni nak pergi konsert ke?' Hati Alisya tertanya-tanya "eh aku tanya dia mengelamun pulak."tegur gadis tadi sambil memetik jari beberapa kali.
"Isy kau ni sarah, sya mesti tengah terkejut tu tengok gaya kau macam nak pergi konsert. Haah, dia student baru kenalkan sya, ni siti sarah, panggil je sarah"qiela bersuara.
"Oh, hai, saya alisya, panggil saya sya je.."jawab alisya sambil tersenyum dan menghulurkan tangan tanda perkenalan. Sarah menyambut dengan senyuman lalu berkata
"maaflah aku terkasar sikit tadi.. aku dah biasa macam ni. Nanti kau kenal aku, kau dah biasa lah dengan pakaian aku, kata-kata aku, perangai aku, aku harap kau tak kecik hati okay"
"Oh.. tak apa, saya tak kisah pun.. tadi saya cuma terkejut aje. Tak payah risau lah" balas Alisya senang kerana sudah mendapat kawan baharu yang mesra orangnya.
Selepas selesai sesi perkenalan, Alisya meminta diri untuk membersihkan dirinya sebelum waktu makan.
Setibanya di dewan makan asrama, mereka mula mengambil tempat duduk yang masih kosong . Beberapa pelajar lelaki melirik kearah mereka sambil tersenyum nakal serta bersiul-siul. Sememangnya yana, sarah dan qiela cantik orangnya dan sering menjadi pujaan pelajar-pelajar lelaki. Alisya menjadi perhatian ramai hari ini kerana merupakan pelajar baru serta mempunyai rupa paras yang cantik.
"Eh, tadi kau nak cerita apa ea mse kau masuk bilik tadi?"tanya yana setelah selesai makan.
"Eh yelah. Aq terlupa pula cerita yang aku nak bagitau tadi.. tadikan, aku ternampak mamat hottt tu datang sekolah naik kereta porche beb! Lagi kau nak tahu tak, dia pakai baju t-shirt warna hitam,menyerlahkan lagi kulit putih kuning langsat dia tu! Berseluar jeans,pakai cermin mata hitam macam nak pergi jalan tepi pantai, pakai cap, tangan dia seluk dalam poket. Pergghh macho beb. Meleleh air liur pelajar-pelajar perempuan yang duk tengok kat dia masuk pagar tadi"cerita sarah penuh semangat manakala Alisya terpinga-pinga, kelihatan yana dan qiela tekun mendengar apa yang diceritakan oleh sarah.
'Siapakah yang dimaksudkan oleh sarah tu?'hati sya tertanya-tanya.
"Alahai, mesti handsome kan? Uish, sepatutnye aku tunggu depan pintu pagar tadi.."ujar yana cemburu sambil memuncungkan bibir.
"Er, siapa yang kau orang maksudkan tu?"tanya sya dengan muka kebingungan
"Ooh, nama dia Aakif Asyraf bin Azraf. Pelajar paling popular di kalangan perempuan mahupun lelaki, berada diantara golongan pelajar yang paling kaya, paling bijak, paling handsome, dan paling sombong."terang qiela.
"Ooh.."balas sya sepatah, sedang alisya minum air, alisya ternampak kelibat seorang pelajar lelaki di antara pelajar-pelajar lelaki lain yang sedang berbual. Tanpa sedar, alisya merenung pelajar lelaki tersebut tanpa menghiraukan apa yang dibualkan oleh rakan-rakannya.
Tiba-tiba pemuda tersebut berpaling dan memandang ke arahnya, "uhuk uhuk uhuk" terbatuk alisya apabila bertembung mata dengan pemuda tersebut. Alisya segera melarikan pandangan apabila pemuda itu kelihatan merenungnya.
"Eh kau kenapa sya?"tanya sarah prihatin sambil menggosok-gosokkan belakang badan alisya
"Er.. aku tak apa-apa"jawab alisya tergagap-gagap dan cuba beriak tenang.
Kepalanya masih ligat memikirkan siapakah gerangan pemuda tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan