CINTA KLUSTER❤
BAB 5
Waktu rehat sudah tiba. Pelajar-pelajar mula bersurai selepas memberikan salam kepada guru yang mengajar. "Weh, asyraf. Kau nak makan kat mana harini?" Soal aeril. "Err, malaslah ak rehat harini. Aku nak siapkan sikit lagi latihan math nii. Kau berdua pergilah dulu" jawab asyraf kepada kawan baiknya aeril dan danial. "Okaylah kalau kau dah cakap macam tu. Kitaorang pergi dulu. Choww!" Kata danial pula. Lalu mereka pergi meninggalkan asyraf di dalam kelas.
Alisya juga tidak keluar rehat harini kerana dia perlu siapkan nota sejarah yang tertangguh akibat dia tertidur awal semalam. Meja alisya dan asyraf hanya berdekatan sahaja. Meja alisya sepertinya selang satu meja sahaja daripada asyraf. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja di dalam kelas sekarang ini. Walaupun alisya sudah lama meminati asyraf dalam diam sejak sekolah disini sebulan yang lalu, namun tidak pernah sekalipun alisya menegur atau bercakap dengan asyraf. Alisya akan gugup atau berasa takut untuk menegurnya kerana asyraf sangat sombong dengan mana- mana perempuan sekalipun. Dia digelar stoned, anti-girls, dan macam-macam lagi gelaran yang menunjukkan yang dia memang seorang yang sombong.
Sedang asyik membuat nota, tiba-tiba pemadam alisya jatuh bergolek dan berhenti tepat dikaki asyraf. 'Adoiii... mase ni jugak lah kau nak jatuhkan wahai pemadam' bebel hati alisya. 'Malaslah aku nak ambik ke, nak mintak ke, lantak kau lahhh pemadam, aku lebih rela beli yang baru daripada ambik dekat kaki dia' bebelnya lagi. Alisya mengetuk- ngetuk kepalanya sendiri. Tanpa sedar, seseorang memerhatikan perbuatannya. Deheman seseorang memberhentikan perbuatan mengetuk kepala sendiri alisya. Lalu dia berpaling ke arah asyraf.
"Kau taknak ambik ke pemadam kau ni?" Kata asyraf tanpa nada.
"Err... nak." Jawab alisya tergugup-gugup.
"Nah" asyraf menghulurkan pemadam kepada alisya dengan tangan kanannya. Alisya mengambilnya dengan tangan terketar-ketar."t...te... terima kasih." Balas alisya gugup.
Setelah itu, asyraf sambung semula kerja sekolahnya yang terbantut tadi. Manakala alisya sudah meggelupur di dalam hati ' Oh my goddddd!!!! Dia bercakap dengan aku!!! For the first time dia bercakap dengan aku!!! Arrgghhh!! Tak rugi aku tak makan harini. Kalau macam ni lah hari-hari , tak makan seumur hidup pun tak ape!!' Kata hati alisya. Manakala bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Jantungnya pula seperti baru sahaja lepas berlari marathon, berdegup kencang,alisya cuba beriak tenang. Tangannya mengepal pemadam sambil membawanya kedagu seperti menongkat dagu. Tidak ubah dirinya kelihatan seperti orang mabuk cinta yang mengelamun. Namun lamunannya mati apabila qiela memetik jari tepat di hadapan wajahnya.
"Weh, yang kau duk sengih sorang-sorang macam kerang 'wangi' ni kenapa? Dah gila ea?" Perli qiela.
"Er.. mane ada aku sengih. Aku okay je." Balas alisya selamba sambil menyambung kerjanya. Manakala asyraf sudah keluar entah bila pun alisya tidak sedar.
Selesai sahaja kerja sekolahnya, loceng habis rehat berbunyi tepat pada masanya. Alisya sudah pun menjamah roti yang dibeli oleh qiela tadi kerana takut tidak sempat menyiapkan kerja sekolahnya. Para pelajar mula memasuki kelas. Begitu juga asyraf and the gang. Kumpulan asyraf sememangnya hot di sekolah ini. Dimana-mana sahaja alisya pergi, pasti akan mendengar buah mulut daripada para gadis. Maklumlah kumpulan itu mempunyai ahli-ahli yang sangat kacak paras rupanya. Lebih tepat lagi, wajah yang digilai para wanita. Setelah itu, pelajaran berlangsung seperti biasa apabila guru mata pelajaran sejarah masuk ke kelas. Semua pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajaran guru.
Menjelang malam..
Di dalam asrama putera,
"Weh Asy. Kau perasan tak? Budak baru tu lawa gila kan? Perghh! Dahlah cantik orangnya. Bijak pulak tuh. Rajin pon ye jugak. Kalau ambik jadi isteri ni, tak menyesal." Kata danial bersemangat. Asyraf hanya menggeleng-geleng. "Rajin apanya, tadi aku tengok dia baru terhegeh-hegeh nak buat nota sejarah. Patutlah tak rehat. Buat kerja tertangguh rupanya. Kalau kau nak kata dia tu rajin bersih kelas, aku rasa tak kot, Sebab dia bertugas masa hari dia bertugas aje. Lagipun dia kan budak baru, mestilah buat baik. Kalau dah lama nanti dia tunjuklah belang pemalas dia tuh. Wey buddy, terlalu awallah kau nak puji dia." Kutuk asyraf selamba. "Amboi.. bukan main lagi kau kutuk dia eah, jangan nanti kau pulak yang puji dia, lebih tepat lagi suka kat dia." Perli danial. "Suka dia? Memang tak ah. Macam kau tak kenal aku ni siapa enye. Kita dah 3 tahun berkawan. No way!" Balas asyraf dengan yakin. Nama singkatan bagi danial ialah enye, pelikkan? "Kau jangan yakin sangat asy.. aku takut kau menyesal aje sebab terjilat balik apa yang kau ludah" balas danial lagi. "Weh, ape kecoh-kecoh ni? Ada cerita apa?" Sampuk aeril yang baru muncul. Balik dari tandas barangkali. "Tak ada apalah. Borak kosong aje." Balas asyraf.
Pada waktu yang sama,"Uhuk!uhuk!" Tersedak alisya yang sedang minum air. "Aduh, Sakit tekak aku. Siapa pulak yang duk sebut-sebut nama aku nii." Bebelnya sambil menggosok tengkuknya yang terasa pedih. "Perasan betullah kau ni sya." Balas yana sambil ketawa. "Eh, betul ape. Orang tua-tua dulu cakap, kalau kita tersedak semasa minum air, maknanya ada orang tengah sebut nama kita."balas alisya dengan yakin. "Adoii kau nii, takkan cakap orang dulu-dulu pun kau nak percaya jugak. Entah-entah diaorang reka cerita aje kot. Macamlah kau tak tahu orang dulu-dulu." Balas yana lagi.. "maybe" balas alisya sepatah sambil menjongket bahunya. Lalu dia mengikat rambut ikal mayangnya di paras pinggang itu dengan ikatan ekor kuda. Dia juga memasukkan earphone ke dalam telinga yang bersambung dengan ipodnya sambil membaca buku rujukan sains. Wah, boleh pula dia buat kerja 'dua dalam satu'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan