CINTA KLUSTER❤
BAB 9
Sampai sahaja alisya di pintu pagar asrama alisya ternampak kereta porshe merah memasuki kawasan sekolah. 'Eh eh suka hati dia je masuk kawasan sekolah, tahulah sekolah ni mak bapak dia yang bayar, orang lain hantar kat luar pagar je. Mengada betullah.' Bebel hati sya tanda tak puas hati. Alisya berjalan perlahan sambil mengheret begnya ke aspuri sambil matanya memandang kereta porshe merah tadi untuk melihat siapakah gerangannya pelajar tersebut.
"Eh macam kenal... erk, asyraf?? Mak aih kaya gila mamat ni." Terbuntang mata alisya di saat melihat susuk tubuh asyraf ketika keluar dari kereta porshe sambil memakai cermin mata hitam. Mukanya kelihatan kemerah-merahan akibat terkena cahaya matahari sebaik sahaja keluar dari kereta.
"Auch! Sakitnya. Hish jalan tak pakai mata ke?" Tiba-tiba alisya tersedar dari lamunan apabila ada seseorang merempuh badannya dan terjatuh. Silap alisya juga kerana berjalan tanpa melihat jalan tapi mata melekat pada tuan kereta tadi.
"Eh maaf.. maaf.. Sa..saya tak sengaja.. awak okey tak ni?" Tanya Alisya rasa bersalah. Pelajar tadi yang asyik menundukkan mukanya untuk mengambil beg bajunya mengangkat muka apabila alisya bersuara. 'Hmm, handsome gak muka dia' gumam hati alisya spontan.
"Er.. tak .. tak apa.. sa..saya.. okay." Balas pelajar itu tergagap-gagap.
'Dah kenapa budak ni? Macam jumpa hantu je' bisik hati alisya pelik.
"Em, maaf pasal tadi, saya tak sengaja."
"Er.. tak apa. Er awak ni alisya kan? Pelajar baru di kelas pertama kan?" Tanya pelajar lelaki itu.
"Ya, saya. Awak kenal saya ke?" Tanya alisya aneh
"Er.. saya iskandar dari kelas kedua.. erm, sebenarnya... sebenarnya.. dah.. dah lama saya... "belum sempat iskandar menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kawan-kawannya datang sambil berkata
"Woi Is, kau pergi mane hah? Dari tadi lagi kitorang tunggu kau dekat sana kau tak datang-datang juga" kata salah seorang rakannya yang berbadan tegap kulit hitam manis bercermin mata.
"Er, saya pergi dulu" iskandar beredar bersama-sama rakannya
'Dia nak cakap apa tadi?' Hati sya alisya tertanya-tanya namun soalan itu dibiarkan sepi. Alisya kembali berjalan menuju ke aspuri.
Keesokan harinya...
"Weh korang, cepatla.. dah lambat ni.. nanti warden nampak tak pasal-pasal kena panggil. Dah nak pukul 7.30 dah ni, itulah semalam korang ajak borak sampai pukul 1 pagi. Tengok, kan dah lambat. Haish, tak pernah lagi aku masuk kelas lambat macam ni.. dahla terlepas breakfast, mesti lapar japgi." Bebel qiela panjang berjela-jela sambil menyarungkan kasutnya. Minah ni kalau dah mula membebel sampai esok pagi pun belum habis.
"Eeii, yela yela. Nak siap la ni. Makcik ni membebel tak habis-habis. Macam mak nenek, pagi-pagi dah kena ceramah. Padahal semalam dia yang banyak sekali bercerita macam tak jumpa setahun"balas alisya sambil mencebikkan bibirnya. Terkekeh kekeh sarah dan yana ketawa mendengarnya manakala qiela sudah memuncungkan mulutnya.
Matapelajaran bahasa inggeris baharu sahaja bermula. Semua murid di dalam kelas berlintang-pukang sekali berlari ke arah tempat duduk mereka. Manakala alisya dan qiela berlari-lari anak memasuki kelas sambil tersengih seperti siput busuk, eh bukan siput, seperti kerang busuk.Tahu bahawa mereka sudah terlambat, mujur sahaja mood madam Anis baik sahaja.
"Okay all. Today I want you all to set up a working group made up. Each group must choose a different title. This Tuesday, I want you all to present it in front others." Madam anis sudah memberi arahan. Huhu kalau tak siap ni memang sekelas didenda, disebabkan nira setitik habis rosak susu sebelanga. Tak nak lah jadi macam tu kan.. memburukkan reputasi sekolah aje, nanti tak pasal-pasal blacklist nama..
"Setiap kumpulan kitaorang pilih sendiri or madam yang tentukan?" Tanya salah seorang pelajar di dalam kelas.
"Of course lah saya yang pilih, kalau kamu yang pilih sendiri nanti tak jadi kerja, sembang je banyak."
"Ala madam" pelajar lain mula mengeluh dan berbisik-bisik.
"Aku harap kita sekumpulan tau!" Bisik qiela
"Class! Please keep quiet. Okay, good. Kumpulan pertama, Syaqiela Mohd, Alisya Humairah, Aakif Asyraf, Danial Aiman." Madam anis mula membahagikan kumpulan sambil membaca list nama. Kelihatan beberapa pelajar perempuan yang lain berbisik-bisik cemburu agaknya kerana tidak dapat sekumpulan dengan asyraf dan danial, maklumlah mereka antara pelajar yang terkacak di dalam kelas. Pelajar lelaki pula mengeluh kerana tidak sekumpulan dengan alisya yang cantik dan qiela yang comel. Kelas ini memang ramai pelajar yang cantik dan kacak, maklumlah anak dato' tan sri belaka, mujur sahaja anak perdana menteri tak ada di sini.
"Weh, kita sekumpulan dengan alisya bro! Peluang keemasan ni, boleh lah aku renung muka dia puas-puas" ujar danial dengan teruja
"Encik danial, kita ni nak buat essay, bukan sesi renung-merenung." Balas asyraf sedikit lain bunyinya. Asyraf berjalan menuju ke arah sya dan qiela setelah habis waktu belajar. "Weh, nanti lepas asar kita kumpul dekat library untuk buat discussion, pukul 5. Jangan lambat pulak" pesan asyraf lalu berlalu keluar dari kelas.
"Hek ela mamat ni, sesuka hati perut hempedu dia je nak mengarah orang"bebel qiela sambil mengemaskan beg.
"Entah. Tak pela, jom lah cepat aku lapar ni" alisya malas mahu merungut kerana perut sudah berkeroncong, waktu rehat tadi dia hanya makan sedikit sahaja kerana makanan sudah habis, lagi tadi pula tak sempat nak makan, mujur sahaja yana membelikannya sebungkus roti coklat di koperasi, bolehlah buat alas perut buat sementara ni.
"Eh suka-suka mulut engkau je nak kutuk kawan aku eh, apa? Ingat aku tak dengar ke?" Tanya danial kebetulan dia mendengar percakapan mereka berdua.
"Eh ikut suka hati mulut aku lah. Dah la, aku blah dulu ah. Jom sya" balas qiela sambil menarik tangan alisya keluar dari kelas.
Petang itu, alisya dan qiela tak dapat join yana dan sarah main badminton oleh kerana terpakasa pergi ke library untuk membuat essay.
"Ala tak best la qiela dan sya tak de, kita main dua je la.." yana bersuara sedih.
"Ala sorry la, aku kena buat group work ni, dahla hari selasa ni jugak madam anis tu nak. Kau ajak ah kawan-kawan kau yang lain. Siti, sofea, puteri tu, mesti diorang nak join punya"pujuk qiela
"yela.. tak pe, kau jangan risau lah pasal yana ni, memang manja sikit dia ni." Sarah bersuara
"Weh, aku pergi dulu eh. Nanti marah pulak mr stone kita. huh... " ujar qiela sambil berjalan bersama dengan sya keluar dari dorm. Baru separuh jalan, alisya bersuara "eh kejap, aku rasa aku tertinggal kotak pensil lah. Kau tunggu jap aku pergi ambil."
"Isy, yela yela. Jangan lambat sangat tau, nanti kena bebel maunya cair taik telinga aku. Spesies nyanyuk juga kawan aku nih"rungut qiela sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Yela, kau tunggu jap" alisya mula berlari-lari anak menuju ke dorm untuk mengambil semula kotak pensil.
Sesampai sahaja di library..
"Hah, korang lambat seminit. Sekarang dah pukjl 5.01, kita janji pukul 5 kan?" tanya danial serius
"Ala.. seminit je pun." Balas qiela muka cemberut. Berkira sangatlah mamat ni
"Hello! Kalau kau lambat seminit, boleh tertinggal kapal terbang tau dan tak boleh pergi haji tahu tak. dalam seminit tu jugak kalau kau nak pergi temuduga pun tak lepas. Apa kau ingat seminit tu senang ke nak dapat? Boleh undur semula? Dalam seminit tadi kita dah boleh start dan dah boleh kasi idea tau!" Bebel danial panjang lebar
"Eh yang kau duk membebel dari tadi apehal? Kau membebel pun melambatkan masa jugak. Kau ingat kau membebel tu kau dapat pergi haji la? Dapat pergi temuduga la? Aku datang ni dah cukup baik tahu tak. Tak berterima kasih langsung." Balas qiela membahangkan lagi suasana di situ.
"Hey dah la tu, aku yang terlambat tadi.. maaf lah, aku tertinggal kotak pensil, janganlah marah qiela." Alisya bersuara meredakan suasana
"Oo.. dah lah tu gaduh enye, kau ni macam budak kecik lah. Alisya yang lambat dah mintak maaf pun kan. Tak payah lah membebel macam moyang bagai. Membazir masa je." Asyraf bersuara untuk membantu meredakan suasana.
P/s: sori miss lambat sikit upload busy maklumlah jaga anak banyak kerja pulak tu.
'komen please mana tahu kalau tak best':-)
Bezz kak. Kipidap
BalasPadamTq dik sbb komen...
PadamBest laa story akk nii. Sy suka.. sbb psl bdak sklh .. btw, sy pun 16thun. Name sy ecaa
BalasPadamOuh. Hai ecaa :-) tq komen
Padam