Selasa, 22 Disember 2015

CINTA KLUSTER❤
BAB 14

Setelah beberapa minit asy dan sya mengayuh basikal bersama... sya mula lenguh "weh, aku dah lenguh lah... jom rehat jap..." ujar sya sambil turun dari basikal dan berjalan ke arah bangku yang berdekatan... sya melihat sekeliling, hmm ramai jugak orang kat sini, sedang matanya melilau kiri kanan kanan kiri, mata sya terhenti pada sesuatu yang menarik perhatiannya. Asy yang ketika itu baru sahaja sudah membeli air minuman berjalan menghampiri sya

"Kau tengok apa? Nah air... aku belikan air apple" asy menghulurkan botol air apple kepada sya. Sya mengambil air itu tetapi matanya masih belum berganjak dari sesuatu. Asy mula pelik sambil mengerutkan dahi

"Kau tengok apa?"
Sya berpaling ke arah asy lalu menuding jari ke arah 'sesuatu' tadi...
Asy melihat apa yang sya duk tenung dari tadi. Satu dua tigaa...

"Lah, kau tengok benda tu? Kau nak benda tu?" Asy tersenyum. Kelakuan alisya sebijik macam budak kecik nak mintak coklat tapi takut, dari tadi lagi tak bersuara langsung.
Sya mengangguk.

"Tak payahlah membazir, benda tu manis, nanti kang kena diabetes..."Bebel asy.

"Alah benda tu ada namalah! Gula-gula kapas! Aku nak beli jugak, alah nanti aku gantilah balik duit kau. Tak payahlah kedekut sangat" masam muka sya.

"Tak payahlah. Aku bukan kedekut, tapi kau kena jaga kesihatan kau tu, nanti tak pasal-pasal muda-muda lagi dah ada penyakit." Bebel asy, sambil berjalan menuju ke arah basikal untuk pulang. Prihatin jugak rupanya.
Muka sya semakin masam, tak berganjak dari tempat duduk tadi. Asy memandang sya yang tidak berganjak sambil menggelengkan kepalanya,
"Kau tak nak bangun aku tinggal kau kat sini" ugut asy. Sya buat tak layan, tak berganjak jugak.
"Kau ni dah kenapa? Bendera merah eh?" Tanya asy sambil tersengih.

BUSH! Amek kau kena hentam oleh sya menggunakan botol air tadi. Last-last asy dah give up,
"Okay okay aku surrender... dah jom pergi sana, beli benda tu"

Sya tersenyum gembira persis anak kecil, berlari-lari anak dia menuju ke arah kedai itu.

Setelah selesai membeli gula-gula kapas, mereka berjalan semula ke arah bangku yang mereka duduki tadi. Sya tersenyum dari tadi tak henti-henti, sampai ke telinga senyuman dia tu... asy memandang sya sambil tersenyum, 'kau ni dah form4 tapi perangai sebijik macam budak kecik. Makan gula-gula kapas pula tu' desis hati asy.
"Kau tak nak bagi kat aku sikit ke?" Tanya asy
"Taknak, kalau kau nak, pergilah beli sendiri" sya menjawab dengam muka selamba lalu mencubit sedikit gula-gula kapas dan menyuapkannya ke dalam mulut.
"Eleh duit aku jugak tu" asy tak puas hati.
"Ada aku kisah?" Sya membalas. Asy buat muka tak puas hati lalu berjalan ke arah basikalnya. Bzzz bzzz, phone asy bergetar menunjukkan ada mesej masuk

Kau kat mana? -danial

Kat bangku. Kenapa? -asy

Ooo... okay, dalam 30 minit lagi kita balik, dah petang ni... nanti membebel pulak mummy aku -danial

Ok -asy

"Asy! Kau dah nak balik ke?" Tanya sya, tapi masih tidak bangun.

"Taklah, kejap lagi kita balik" jawab asy sambil duduk di atas basikal dan memandang telefonnya.
'Hmm nak buat apa eak? Sya tak habis lagi makan...' rungut hati asy sambil tangannya menekan-nekan iphonenya. Tiba-tiba tangannya terhenti apabila melihat satu application... hmm... why not, kalau aku..... yess! aku tahu nak buat apa, tanpa sedar bibir asy mengukir senyuman. Asy mengubah posisinya supaya menjadi lebih bergaya, kononnya nak 'selfie' padahal duk 'snap' gambar anak dara orang yang sedang makan gula-gula kapas. Snap! Sya yang sedang ralik menguyah makanan memandang asy lalu tergelak "hahahaha!! Kau selfie??! Kelakar lah kau ni" sya tergelak sambil memegang perutnya tanpa rasa curiga.
"Ikut suka hati aku lah, aku ambik gambar kau kang" ugut asy, pandai kau berlakon asy... kalau tahu dek minah kecik ni memang dah lama kau kena hempuk, kerat 20, buat sup tulang. Bolehlah buat jamuan kecil-kecilan bagi orang makan. Hisy, nauzubillah, apa kau melalut nih! Setelah puas 'selfie' asy mengajak sya pulang kerana sudah lewat. Nanti habislah pakcik danial tu duk membebel, boleh tahanlah sakit telinga mendengarnya.

Sampai sahaja di tempat mereka berkumpul, semua orang merenung asy dan sya,
"Apa?"tanya sya dengan muka tanda tanya.

"Kau dating tak ingat nak balik ke?" Danial menyoal serius.

Asy tersengih, dah agak dah.
"Hehe, alah sory beb bukan apa, tadi kitorang nak balik dah, sya ni ha tiba-tiba nak pergi tandas. Satu hal pulak kena tunggu dia."jelas asy sebelum danial menyambung ceramah motivasi petang dia tu. Sya mengangguk dan memohon maaf.
"It's okay, aku gurau je serius tadi tu.. chill la" ujar danial.

Dalam kereta...
"Eh enyel, kau pergi mana tadi? Kau orang date jugak ehhhh" usik aeril
"Wuuuuuu" serentak.
"Mana ada pergi mana-mana" jawab danial. Qiela sudah memerah mukanya, tahu semua orang sedang mengusiknya.
"Eleh, taknak bagitau." Aeril mengusik lagi sambil mencuit-cuit bahu danial.
"Isy kau ni, sibuk je lah"danial rimas dengan tangan yang mencuit-cuit dari tadi.
"Hahahaha, eleh taknak share ke?" Usik asy ambik port jugak. Bukan selalu boleh usik mamat ni, sekali dapat, tak boleh lepaskan peluang.

"Isy.. aku naik basikal lah, main rollerblade, makan aiskrim. Dah, puas hati?" Danial geram.

"Dengan siapaaa?" Asy mengusik lagi.

"Er.. dengan...dengan qiela. Apesal?" Danial gugup. Hisy, apesal gugup pulak nih...

"Ececehhh" serentak lagi, amek kau sekereta duk mengusik. Fuhh, tabahlah. Qiela menunduk, membahang rasanya, aircond dah pasang tapi kenapa rasa panas semacam je...
Setelah puas mengusik, berbual, ketawa.. akhirnya mereka sampai di asrama. Pemandu danial pula segera  membawa pulang semula kereta yang 'dipinjam' oleh danial tadi. Tidak mahu lambat-lambat. Takut pula maam besar kat rumah membebel.

"Fuh.. penat gak weh. Seharian pergi hang out harini." Kata aeril sambil menggeliatkan badannya keletihan. "Yelah, tapi berbaloi jugak kan? Kita release tension apa. Kan habis exam. Dah lah minggu ni tak boleh balik rumah. Minggu depan baru cuti 2 minggu." Sarah membalas. "Haahla weh.. penat sikit je kan? Lagipun bukan senang boleh keluar macam ni." Kata Qiela pula. "Eleh cakap jela kau suka keluar dengan danial kan?" Usik asyraf. "Ape kau ni? Tak habis-habis." Qiela memasamkan muka. Comel sungguh!

"Dah lah kitorang nak naik mandi, nak rehat pulak. " kata yana. Lalu semua orang bersurai naik ke asrama.

"Eh, alisya." Panggil asy. "Hmm, apadia?" Alisya berpaling ke belakang. "Err, tak.. tak ada papela. Bye. Assalamualaikum." Asy berkata sedikit cuak. " hm, ok bye. Waalaikumussalam" jawab alisya lalu terus mengekori kawan-kawannya dengan pantas. 'Apasal dengan asyraf ni, panggil aku saja-saja. Ingatkan ada apalah' gumam hati alisya pelik.

'Haish, apasal susah sangat nak cakap kau nak mintak nombor dia!' Bebel hati asyraf sambil berjalan pulang ke asrama bersama danial dan aeril.

Keesokan harinya alisya bangun agak lambat, mungkin agak letih setelah bershopping sakan kelmarin kut.
"Cepatlah sya! Tak pernah-pernah kau lambat sebelum ni, haih hari ni? Apesal? Nak kata tidur lambat, kau lah orang pertama yang tidur semalam." Bebel qiela sambil bercekak pinggang menunggu sya keluar dari bilik. Apalah yang dia cari lagi tu.... kawan-kawannya yang lain sudahpun masuk ke kelas kerana takut didenda oleh ustazah Zainab matapelajaran pendidikan islam yang garang persis harimau belang. Usai keluar dari pagar asrama, mereka berlari-lari menuju ke kelas, mujur sahaja blok kelas mereka agak dekat, kalau tidak, maunya kena denda. Fuhh. Macam orang semput sahaja apabila mereka masuk ke dalam kelas.

Usai rehat...
"Guys, aku nak korang semua tulis numbor phone korang dekat kertas ni... aku nak buat group whatsapp. Ini arahan cikgu Rozana, katanya lebih mudah untuk kita sekelas berhubung jika ada perkara penting yang hendak diberitahu." Ujar ketua kelas iaitu Farish Aidil. Nama handsome orangnya pun boleh tahan handsome, ada kacukan arab  agaknya, hidung mancung, mata bercelak hitam. Tapi tak boleh lawanlah kehandsomeman asyraf, jejaka tampan idaman para gadis.

"Alaaa" mereka sekelas mengeluh. Entah apa yang 'dieluhkan' sangat,tak tahu. Masing-masing mula mengisi kertas kosong yang diedarkan oleh aidil tadi untuk mengisi nombor phone mereka. "Jangan ada siapa yang left pulak!" Aidil memberi amaran keras.

Tak lama kemudian guru matapelajaran addmath iaitu cikgu Faiz memasuki kelas 4 pintar untuk sesi pembelajarannya.
Sedang cikgu Faiz mengajar...
"Sya, sya, kau kenapa?" Tegur qiela berbisik sambil sikunya menggerakkan alisya yang tersengguk-sengguk mengantuk.

"Huh?" Alisya tertanya-tanya. Aihh, mengantuknya, aku rasa aku dah tidur awal semalam, apesal mengantuk sangat ni....
"Pergilah basuh muka kalau mengantuk sangat" ujar qiela.

"Hmm..." balas alisya tetapi tak pula dia bangun untuk pergi ke tandas.

Seminit berlalu...
"Alisya!!" Tegur cikgu Faiz.

"Huh? Ye saya!"jawab Alisya seperti terkena renjatan elektrik sahaja.

"Awak dengar tak apa yang saya mengajar tadi? Dari tadi lagi saya tengok awak tersengguk-sengguk. Awak tidur pukul berapa semalam?" Tanya cikgu Faiz, semua mata memandang alisya pelik, selama ni best student kot, tak pernah mengantuk, hari ni entah kenapalah letih sangat.

"Mengelamun?!" Tegur cikgu Faiz lagi.

"Er... maafkan saya cikgu. Saya janji tak buat lagi." Ujar Alisya sambil menundukkan mukanya. Mujur sahaja cikgu Faiz lembut orangnya, taklah garang sangat...

"Hmm..dah pergi basuh muka biar segar sikit. Kalau awak tidur sekali lagi saya denda awak nanti" pesan cikgu Faiz.

"Baik cikgu." Alisya berjalan keluar kelas menuju ke tandas.

Sampai sahaja di tandas, Alisya membasuh mukanya lalu menampar-nampar pipinya. Malu. Memerah dah kulitnya yang putih tu. Aduhh, malu malu malu. Apasallah aku mengantuk sangat hari ni?!

Ketika pulang...
"Kenapa kau mengantuk sangat hari ni?" Tanya qiela ketika berjalan pulang ke asrama menuju ke dorm.

"Entahla... aku pun tak tahu" jawab alisya sambil mngangkat bahu.

"Alisya mengantuk?" Tanya yana pelik. Sarah pun terkejut, yalah.. selama ni mana pernah alisya mengantuk waktu belajar.

"Iyee.. aku pun tak tahu kenapa... mungkin penat kut, yalah.. aku dah lama tak pergi jalan macam kelmarin, jadi penat jugak lah."
Setibanya mereka di dorm, alisya berbaring dia atas katil, seperti kepenatan.

"Sya pergilah mandi... kejap lagi nak pergi main badminton kan... kan dah janji nak main petang ni." Ujar sarah.

"Hmm.. kejap, tak asar lagi kan.. kejap lagi aku pergilah." Ujar sya bermalas-malasan manakala rakan-rakan yang lain tergeleng-geleng melihat alisya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan