Khamis, 10 Disember 2015

CINTA KLUSTER❤
BAB 12

Setelah beberapa bulan alisya berpindah ke sekolah baharunya, dapat juga dia selesakan dirinya dengan persekitaran baru... untung dapat jumpa kawan-kawan yang peramah seperti yana, qiela and sarah. Tak lah janggal rasanya tinggal di asrama ni.
Peperikasaan awal tahun semakin hampir, semua pelajar sedang bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan awal tahun yang akan bermula pada seminggu dari sekarang, biarpun hanya peperiksaan permulaan tapi semua pelajar di sekolah ini tidak pernah bermalas-malasan untuk berjaya di dalam peperiksaan termasuklah alisya.

Pada waktu rehat...
"Weh korang, jom study di perpustakaan lepas balik sekolah nanti..." ajak yana sambil mengunyah karipap berintikan daging. Hish, anak dara makan sambil berjalan, kalau tahu dek tokpah nih.. mak aihh, sekarung belum tentu habis tok pah duk membebel.

"Hish, pengotorlah kau ni.. dalam mulut tu penuh dengan karipap duk sibuk bercakap, makan lah habis dulu" usik sarah sambil membuat muka jelek manakala yang lain hanya ketawa melihat mereka bertelingkah.

"Hmm.. boleh jugak...  lagipun exam dah nak dekat... sya, kau tolong ajar aku math dan add math boleh?" Qiela membuat muka comel sambil mengerdipkan matanya beberapa kali dan mencebirkan bibirnya.

"Hm.. sebijik aku tengok kau macam itik kat kampung tok mek aku... hah, bibir dia macam bibir kau tu lah.. mata kau apesal? Masuk habuk ke duk terkelip-kelip..." usik alisya sambil ketawa berdekah-dekah bersama dengan rakan-rakannya yang lain.
"Hahahahahaha"
Masam cemberut muka qiela dibuatnya.
"Tak nak tolong cakap je lah" semakin panjang muncung qiela dibuatnya
"Elelee... aku gurau je.. okaylah nanti aku tolong kau... dah, tak mau muncung muncung macam mulut itik ni hahh" usik alisya lagi.
"Sya!! Hisy kau ni... meh aku sekeh kepala kau!" Qiela geram
Seminggu kemudian...
Peperiksaan awal tahun sudah pun berakhir

"Fuh leganya, aku rasa macam dah habis spm je..." yana menggeliat konon-kononnya sudah bebas.

"Eh, jangan nak perasan eh, kita ni baru je form 4.. form 5 pun belum lagi." perli sarah sambil tersenyum melihat yana mencebirkan bibirnya.

"Woi qiela! Sya! Sini lah" panggil yana sambil melambaikan tangannya ke arah qiela dan alisya menyuruh mereka datang kemari.

"So how? Exam okay?" Tanya alisya.

"Hmm.. bolehlah... kitaorang tak bijak macam kau orang." Jawab sarah sambil mengherotkan bibir.

"Hish, apa pulak kau cakap macam tu.. dahla, tak payah sedih sedih.. now, we should so something to release tention... hmm, what about this weekend, kita main bowling? Hari ni hari khamis, eh esoklah.. hehe, lupa pulak hari ni dah hari khamis." Ajak sarah teruja. Maunya tak setuju, mestilah setuju. Bab main, nombor satu hakhak.

"Okay on! This sunday, 10.00 a.m set!" Semua bersetuju sambil bertepuk tangan.

"Ehem, aku dengar macam ada orang nak pergi main bowling je, korang tak nak ajak kitaorang sekali ke?" Tiba-tiba ada seseorang bersuara dari belakang. Danial.  Kelihatan asyraf and the gang berjalan menghampiri mereka sambil menyeluk tangan mereka ke dalam poket. Macho. Handsome. Kacak. Fuh, lemah iman tengok gaya mereka.

"Eh, korang nak pergi, pergi lah sendiri, siapa nak ajak korang?" Balas qiela. Kelihatan danial sudah melaga-lagakan giginya.

"Eh alisya tak kisah kan kalau kitaorang nak ikut? Yang kau sibuk ni kenapa?" Danial bertanya pada alisya, tahu sangat yang hati alisya tu lembut.. sebab tu danial try bodek alisya.
Alisya yang ketika itu sedang termenung mengangkat kepala kebingungan.
"Hah? Oh.. boleh boleh"laju je perkataan 'boleh' tu terkeluar dari mulutnya. Kelihatan kawan-kawannya sudah menjeling alisya 'Aduhhh.. mati aku.' Alisya menampar-nampar mulutnya.
"So this sunday, 10.00 am sharp okayh. Aku suruh driver aku bawak alphard then kita pergi satu kereta je senang, kalau tak cukup aku suruh dia bawak 2buah alphard. Don't worry, aku nak ikut pun aku bayar jugak." Ujar danial. Asy dan kawan-kawannya setuju. Alisya and the gang dah tak boleh nak kata apa, hish alisya apa kau dah buat... habis rosak plan... setelah bersurai, alisya memohon maaf atas kesilapannya tadi.
"Beb, aku minta maaf pasal tadi... aku tak sengaja, aku termenung tadi"ujar alisya dengan rasa bersalah.
"Sokay lah.. tak apa.." balas yana. Sarah dan qiela tersenyum tanda sudah reda dengan apa yang terjadi.

Tut tut.. panggilan berbunyi.
"Hello. Assalamualaikum." Kedengaran suara perempuan di corong telefon.
"Waalaikumussalam. Err, aunty. Sya call nii... sebab... sebenarnya Sya nak minta kebenaran nak keluar dengan kawan-kawan boleh tak? Selepas exam ni.. ingat nak release tention ngan kengkawan. Hujung minggu ni nak pergi sementara belum boleh balik." Pinta alisya dengan suaranya yang sengaja dicomelkan."Hmm. Yelaa. Boleh. Tapi nak pergi mana?" Tanya aunty maria lembut. "Sya nak pergi main bowling je.. Dekat je dengan sekolah ni.. " jelas alisya. "Yelah yelah. Jaga diri baik-baik tau? Hati-hati." Kedengaran sahaja kebenaran dari aunty maria untuk keluar, alisya terus menjerit." Yes! Tq aunty!! I love u!! Bye2." Ucap alisya teruja. "Bye.. assalamualaikum.." "Waalaikumussalam" terus alisya mematikan panggilan daripada iphone 6s itu.

Hari Ahad.
Alisya kelihatan cantik apabila memakai seluar jean hitam yang agak longgar beserta blouse berwarna purple lembut labuh bawah punggung, dililit shawl gaya najwa latif berwarna cream bercorak bunga bunga kecil berwarna purple. Sesuai dengan bajunya. Sarah seperti biasa dengan cap, baju kemeja berseluar jeans berkasut fossil.
Qiela pula memakai seluar skinny jeans and t-shirt berlengan panjang pink bergambar moustache. Shawl dililit menutupi dada. Yana kelihatan cute dengan pakaiannya berskirt labuh dan berbaju blouse putih. Dia hanya mengenakan tudung bawal yang berwarna senada dengan skirtnya. Untunglah siapa yang dapat yana, sungguh ayu!

Pukul 10.00 pagi...
"Hmm good, skrg dah pukul 10.00 pagi so semua dah ada kat sini?" Danial bercakap persis seorang guru menge'check' bilangan anak-anak muridnya.
Danial kelihatan segak memakai t-shirt santai berwarna putih bertulis ' I'M A COOL GUY' berseluar jeans, cermin mata hitam disangkut dibaju, agaknya baju dia nak pakai kut...
"Geng aku dah cukup" sarah menjawab.

"Okay, jom naik" arah danial. Asy menaiki kereta terlebih dahulu, memerah mukanya yang putih terlajak tak laris tu, asy kelihatan segak memakai t-shirt purple gelap berjenama polo, berseluar hitam memakai cermin mata koko gelap serta memakai sneakers converse, cap terletak kemas di atas kepalanya, agaknya melindungi muka daripada terbakar kut...
Segak. Pasti semua gadis menjeling-jeling nanti.

"Hmm.. aku belanja kita semua main bowling" ujar asy setelah lama berdiam diri
"Eh tak payahlah.. aku ada duit lagi nak main" balas alisya
"Kau tu girlfriend aku, mestilah aku kena belanja, sekali dengan kawan-kawan kau lah aku belanja. Tak payah risau lah aku tak tuntut punya hari.. lain hari belum tentu."

"Wuuuuuuu, alahh, malu-malu pulak, terima je lah alisya cik abang sayang nak belanja tu." Usik danial dan aeril. Tidak terkecuali juga geng alisya yang 'annoying' itu.
Memerah muke alisya dibuatnya.
"Bila masa pulak aku girlfriend kau?" Tanya alisya tak puas hati.
Asy berpaling ke kerusi belakang kereta menghadap alisya, kebetulan pula alisya berada betul-betul di belakangnya.
"Kau lupa? Hari tu?" Asy tersenyum penuh makna. Cermin matanya sudah disangkut di bajunya
Alahai handsomenya...

"Er.. yan..yang tu.. aku berlakon je lah!" Alisya teringat tentang lakonannya ketika hari kokorikulum.

"So? Kau dah offer nak jadi girlfriend aku. Jadi je lah" balas asy senyum lagi.

"Hm.. kalau macam tu, aku nak putus, sekarang jugak."

"Aku tak nak" muka asy sinis lalu berpaling ke hadapan.
Alisya merengus.

Main bowling...
Asyraf tetap bertegas untuk membelanjakan semua kawan-kawannya bermain bowling, akhirnya alisya and the gang mengalah dan membiarkan sahaja lalu pergi bermain dengan seronoknya.

"Wahh pandai lah kau main sya...strike. Strike. Strike again. kalau aku ni hmm belum tentu strike tau, entah-entah masuk longkang" ujar yana. Kawan-kawannya sudah tergelak.

"Hmm, masa aku stay kat Terengganu dulu, aku selalu lah jugak pergi main bowling di TER, kadang-kadang dengan family, kalau tak pun.. dengan kawan-kawan..." cerita sya.

"Ooo... tapi kan, kau tak pelat pulak cakap KL ." Qiela pelik.

"Tak.. sebab aku dah biasa ulang-alik Kl dengan KT, so dah biasa. Mama dengan papa pun selalu cakap KL, jadinya aku tak susahlah nak berloghat KL." Terang alisya panjang

"Oooo" masing-masing membuat mulut 'o'

"Aku nak pergi beli air jap, kauorang nak air apa?" tanya sya sambil mengeluarkan beg duitnya

"air twister orange dengan apple je dah" balas sarah.

"Okay" alisya berjalan menuju ke arah kedai yang disediakan. kebetulan pula alisya bertembung dengan asyraf.
"Sorang je ke?" Tanya alisya

"Tak lah, bertiga, tak nampak ke?" Asy menjawab sinis. Alisya menjeling. Geram.

"Kau nak air apa? Meh aku belanja." tawar alisya. Asy tersenyum sambil berpeluk tubuh lalu disandarkan ke dinding.
"Kau belanja aku... sebab... aku boyfriend kau eh?" Asy tersenyum lagi.

"Ish, jangan nak perasan eh.. aku belanja kau sebab kau belanja aku main bowling." Alisya menjawab selamba.

"Eleh... tak nak mengaku tak apa.. nah kau bayar yang ni, yang ni, yang ni, ah satu lagi, yang ini" asy mengambil lepas satu, satu botol air lalu diletakkan ke atas tangan alisya... balas dendam nampak, takkan lah dia minum air banyak macam ni. Apa-apapun alisya tetap pergi ke kaunter untuk membayar semua air dan sedikit makanan yang dibelinya. Mau patah tangannya membawa air yang dibelinya.
Asy menunggu di luar kedai.
"Nah air kau" alisya menghulurkan plastiknya.

"kau bawak lah" asy berpeluk tubuh

"Kau nak ke tak? Aku buang kan..." alisya tak puas hati. Dah lah berat, air dia pula tu, suruh aku bawak pulak, apa? Ingat aku kuli ke?

"Duit kau bukan duit aku" asy jawab selamba. Alisya mula geram, mukanya sudah bertukar menjadi masam cemberut. Asy yang hanya bergurau ketawa melihat muka alisya lalu mengambil plastiknya.

"Aku nak putus" alisya bersuara
"Tak nak" asy menjawab selamba
"Kenapa tak nak?" Alisya pelik
"Er.. sebab aku nak buli kau" asyraf pun tidak tahu kenapa. Jawapan 'tak nak' muncul laju sahaja dari mulutnya.
Alisya merengus.

"Hm, aku ada cadangan, kita lawan bowling, kalau kau menang aku boleh putus dengan kau. tapi kalau kau kalah kau tak boleh putus dengan aku. Amacam? Deal?" Cadang asy tiba-tiba.

"Okay deal" kalau itu je peluang aku, then aku terima.

"Hey guys, listen, aku dengan alisya nak berlawan main bowling so kauorang jadi juri okay" asy meletakkan plastik tadi di atas meja.

"Wuuu, nak sweet sweet pun kat lain lah bro" danial cemburu.

"Taknak.. aku nak sweet kat sini" asy membalas selamba sambil membuka penutup botol minumannya.

6 ulasan:

  1. Lambat miss upl.. rindu tau ��

    BalasPadam
  2. Oh mai god! I want to be as alisya! And have a boyfriend as asyraf!

    BalasPadam