Ahad, 27 Disember 2015

CINTA KLUSTER❤
BAB 15

Cuti sekolah bermula. Keseronokan menguasai. Lagipun ini cuti 2 minggu di bulan 5. Aunty maria telah berjanji untuk bawa alisya dan adik-adiknya pergi melancong. Tempat yang dipilih kali ni adalah Australia. Nak pergi lawat mama dan papa katanya. Dah lah ni musim bunga. Therbaik!!

"Dah siap semua? Barang-barang tak de tinggal ea?" Tanya uncle amar inginkan kepastian.

"Okay semua beres" jawab mereka serentak. " Bagus, mari kita bertolak. Takut terlepas pulak penerbangan nanti" Setelah itu semua memakai tali pinggang keledar. Takut jugak kalau tak sempat sampai airport.

Mereka berlari-lari anak membawa beg menuju ke pintu masuk kapal terbang. "Ticket please." Seorang wanita cantik meminta tiket sambil tersenyum manis. "Here" kata uncle membalas senyuman lalu masuk ke dalam perut kapal terbang. Begitu juga yang lain mengikut langkahnya. Setelah menjumpai nombor tempat duduk masing-masing. Terdapat pramugari memberi taklimat sambil membuat demonstrasi kecemasan dan keselamatan. Beberapa minit kemudian, kapal terbang mula bergerak dan terbang..

Di dalam kapal terbang..
"Whoa.. bestnya.. lama betul dina tak naik kapal terbang. Sejak 2 tahun lepas lagi." Kata dina teruja. "Haah kan? Seronok betul.. tak sabar nak sampai. Nak jumpa, nak peluk mama papa." Alisya tersenyum lalu membuang pandangan ke luar tingkap melihat ciptaan kebesaran Yang maha Esa. Cantiknya.. Dina mula menyelesakan kedudukan. Pasti mahu tidur ni. Alif dan afiq menempatkan diri di belakang kerusi alisya dan dina. Kelihatan selesa sungguh penumpang-penumpang. Maklumlah, kelas pertama katakan..

Setelah lama di dalam kapal terbang, alisya mula bosan. Dia mencari bahan untuk bermain. Sudah puas dia menekan-nekan game di dalam ipadnya. Tak jalan jugak. Dia perlukan seseorang untuk bermain atau bersembang dengannya. Dina pula nyenyak tidur. Begitu juga uncle dan aunty. Hanya tinggal alif sahaja yang berjaga. 'Takkan aku nak cakap dengan dia kot. Haram. Malaslah aku' desis hati alisya. Lalu dia menepuk-nepuk bantal kecil yang tersedia lalu.. 123.. tidur..

"Akak.. Akak... bangunlah.. dah sampai ni" dina menolak-nolak bahu alisya yang sedang mamai. "Huh? Ye.. ye.. bangunlah ni." Katanya bersuara serak sambil menggosok-gosok mata yang perit akibat cahaya lampu atas matanya tika ini. Semua penumpang mula beratur untuk keluar dari perut kapal terbang ini. Mereka menaiki kereta yang sudah disewa disana dan menuju ke rumah keluarga alisya di australia ini. Setelah sampai dan bersalaman dengan dato' luqman dan datin salmah, mereka berehat sebentar dan bersiap untuk keluar makan di restoran halal di sini.

Semua sudah mengambil tempat duduk masing-masing. Alisya duduk di hujung luar restoran jauh sedikit dari keluarganya kerana terlalu bising beramah mesra dan berbual macam-macam. Ianya tidak menarik perhatian alisya.

"Termenung apa tu?" Alif datang lalu duduk di hadapan alisya tanpa meminta izin.

"Kau nak apa? Kalau nak cakap hal tak penting, tak payah lah sebab aku sibuk" alisya terbantut ingin bangun kerana tangan alif sudah memegang lengan bajunya. Lalu alisya menjeling maut kepada alif. Alif mengerti. Dia melepaskan pegangan sambil berkata
"okay sorry-sorry. Tapi boleh tak sya duduk dulu? Alif cuma nak cakap sikit je." Alif menayang muka kasihannya. Alisya pun duduk sambil menarik muka.

"Hm, cakaplah cepat sikit."

"Alif tak de kawan nak cakap. Alif sunyi ni. Boleh tak sya teman alif duduk je. Tak nak cakap pun tak apa."

"Afiq kan ada. Dina pun. Pergilah cakap. Kau tak payah nak cakap dengan aku laa. Serabut aku dengar suara kau."kata alisya sambil menayang muka menyampah. Alif pun buat isyarat menutup mulut kepada alisya. Alisya pun menjeling. Lalu mereka hanya diam membisu. Alif mencuri pandang alisya yang kembali termenung. 'Haih.. apalah agaknya yang dia fikirkan. Dia tengah mengutuk aku ke?' Bisik hati alif tertanya-tanya.

"Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang ke? Aku tak selesalah. Dahlah. Tak guna cakap dengan kau." Alisya pun bangun dan melangkah dengan cepat menuju ke meja keluarganya.

"Aik, aku tengok sikit pun tak boleh ke? Bukan aku tenung dia pun. Haih, tak fahamlah aku dengan perempuan ni." Alif berkata perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana ditinggalkan macam tu aje.

Keesokan paginya...
"Huahh" alisya bangun awal harini. Keluarganya berjanji untuk pergi makan angin harini dan melawat tempat-tempat menarik di australia. Setelah siap mandi dan menunaikan solat subuh, dia mengambil telefonnya lalu membuka WhatsApp. Terdapat beberapa mesej daripada kawan-kawannya yang menyatakan mereka seronok bercuti dengan keluarga masing-masing. Alisya dan kawan-kawannya berkongsi pengalaman. Lalu setelah dia meng'scroll' mesejnya, tetiba ada mesej daripada asyraf.

Salam subuh -asyraf

Tanpa sedar alisya tersenyum manis. Gembira sungguh hatinya tika ini. Mahu menjerit sahaja rasanya. Tidak percaya dia lelaki yang dia minati dalam diam selama ini mengucapkan salam subuh kepadanya.

Wassalam subuh -alisya

Buat apa tu?-asyraf

Tengah tunggu keluarga siap nak pergi jalan-jalan -alisya

Nak pergi mana? Ada kat australia kan? -asyraf

Tak tahu lagi nak pergi mana. Ikut je pemandu pelancong. Haah, kat australia. Tahu macammana? -alisya

Eh, i'll always with u. Tentulah tahu kat mana gf saya berada. -asyraf

Hish,, orang serius ni. -alisya

Seriuslah nii. Ikut firasat hati. Hati kita kan dekat. <3 -asyraf

HA HA HA. Buat lawak ea? Kelakarnya....-alisya

Saya tanya kawan awak la sayang. -asyraf

Gulp! Dia panggil aku sayang?! Omaigodd. Bertenang alisya.. fuhhh... ah, malaslah balas. Nanti makin menjadi-jadi. Bluetick ajelah.

'Aik, berani dia bluetick aku? Seumur hidup tak pernah perempuan bluetick aku. Selalunya aku yang bluetick perempuan. Haih! Ee, geram betul.' Hati asyraf berbisik marah.

"Wahh! cantiknya bandar australia ni.. mama, kita nak ke mana ni mama??" Tanya afia dengan teruja.

"Ikut ajela pemandu pelancong ni.." jawab mama selamba.

Mereka tiba di taman bunga. Bermacam-macam jenis bunga ada. Cantik, warna warni, wangi lagi. Alisya dan adik-adiknya serta keluarganya mengambil gambar sebagai foto kenangan. Setelah puas bergambar, mereka bergerak ke tempat lain pula. Kali ni mereka pergi ke tempat ice skating. Walaupun hanya ais buatan kerana ini adalah musim bunga, tetapi mereka tiada mengkomplain atau merungut. Mereka hanya berseronok sambil bermain kejar kejaran. Pada mulanya memang susah untuk mengimbangkan diri tapi lama lama mereka handal bermain dengannya.

Keesokan harinya, mereka pergi ke zoo untuk melihat binatang yang sememangnya terkenal di Australia ini iaitu kangaroo. Alisya turut memberi makan, mengambil gambar dan menyentuh kangaroo itu. Begitu juga dengan yang lain. Setelah itu, mereka beredar ke taman tema air yang terbesar di Australia ini. Mereka sungguh berseronok sehingga mereka lupa untuk makan. Puas sudah mandi manda, mereka bergerak ke restoran halal yang berdekatan untuk mengisi perut yang lapar.

Setelah menunaikan solat maghrib, mereka bergerak ke fun fair yang diadakan besar besaran di sini.
Sungguh menarik kerana lampu yang terang dan bersinar, ramai orang dewasa dan kanak-kanak yang bermain antaranya permainan tukul, kereta langgar, roller coaster, buai yang besar dan tinggi, kapal terbang dan macam-macam lagi. Terdapat juga ramai penjual penjual makanan di sana. Alisya dan adik adiknya asyik bermain dan mencuba semua permainan yang ada disini. Habis duit yang diberi mama papa untuk beli tiket. Tapi ia sungguh memuaskan hati. Permainan ini dapat membuat orang yang stress menjadi reda. Apabila sudah habis bermain, mereka menuju pulang ke rumah dengan keletihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan