CINTA KLUSTER❤
BAB 13
Alisya pula sudah memerah pipinya. Sabar je lah ada 'boyfriend macam ni'
Perlawanan bermula.
Mula-mula bermain sahaja sudah sengit, alisya dan asyraf memang handal dalam permainan bowling ni... dari tadi asyik seri je, strike. Strike. Strike. Strike. Habis tu macam mana nak cari pemenang ni. Sehingga ke lontaran bowling yang terakhir, asy menggolekkan bola bowlingnya dan strike! Keputusan terletak di tangan alisya, jika alisya kalah, no break up, menang break up, alisya nervous, bukan dapat hadiah pun... alisya agak nervous lalu melemparkan bola bowlingnya tapi sayangnya hanya tinggal satu sahaja lagi pin yang tidak terjatuh dan pemenangnya tentulah asyraf.
"So lepas ni, don't you dare to ask me to break up again. Okay?" Asy tersenyum melihat alisya yang memasam. Haish tak best langsung hang out hari ni.
Masing-masing sudah keletihan dan berehat sekejap. Setelah habis bermain bowling, mereka berjalan keluar lalu merancang hendak pergi makan di domino's pizza. Kali ni, tiada siapa yang belanja, sendiri makan sendiri bayar. Asy memesan pizza yang sama dengan sya. Sya menjeling.
"Apa? Aku nak makan jugak, tak salah kan?" Tanya asy dengan muka yang tiada riak. Stone. Sejak bilalah mamat ni jadi baik sangat dengan aku ni... seingat aku, dulu nak bercakap dengan aku haram! Tapi sekarang? Tak payah aku tegur dia dah cakap dulu. Pelik.
"Orderlah pizza lain, yang kau order sama dengan aku tu apesal?" Sya tak puas hati.
"Dah aku suka pizza tu"
"Eei,geram betullah a.."
"Ada boyfriend macam aku?"
"Aku nak cakap 'aku' bukan 'ada boyfriend macam aku'" sya membela
"So kau tak geram lah ni?" asy menduga
"Senyap lah kau." Sya dah habis ayat mahu membalas.
Setelah selesai makan, mereka merancang untuk pergi tengok wayang.
Alisya memilih untuk tidak turut serta kerana kurang gemar memasuki panggung wayang, mama dengan papa pun tidak suka dia pergi ke sana. Alisya mengambil keputusan untuk pergi 'shopping' tak pun pergi 'cuci mata'
"Weh, aku pergk shopping eh. Kaukrang kalau dah siap call aku tau" alisya berpesan.
"Sya, tak apa ke? Kau jalan sorang-sorang ni?" Qiela risau.
"Tak apa.. orang kat sini kan ramai." Alisya tidak mahu rakan-rakannya risaukannya
"Aku teman kau" asy bersuara tiba-tiba.
"Eh.. tak payah.. tak apa, kau pergilah tengok wayang" alisya membantah
"Aku pun kurang suka tengok wayang, dah la... jom aku teman kau"
Alisya berjalan lambat-lambat, aduh, aku malas lah nak jalan berdua dengan dia...
Para gadis kelihatan menjeling-jeling ke arah orang sebelah alisya. Apa tengok-tengok? Boyfriend aku tu? Aku 'cokeh' mata tu kang.. kang dah terkeluar bahasa terengganu hahaha.. eh, apesal aku mengaku pulak nih, aduh payah payah.
"Woi, termenung apa tu? Aku tanya dari tadi.. kau termenung je.. kau ingat aku ni tunggul batu ke apa?" Asy tak puas hati, dari tadi lagi dia bertanya hendak pergi ke mana, tapi tiada pula sahutan. Rupanya duk termenung.
Alisya berjalan melintasi butik kawan mamanya, butik Aisya, butik ini dinamakan Aisya sempena nama anak tunggalnya iaitu Aisya Batrisya. Kebiasaannya alisya dan mama datang ke sini untuk membeli baju kerana baju disini sangat berkualiti. Asy yang menemani alisya turut memasuki butik tersebut setelah melihat alisya masuk.
"Eh, isya! Lama tak nampak.. sihat? Datang dengan siapa?" Tanya aunty Sofea tak menyempat.
"Assalamualaikum. Banyan betul soalan aunty, nak jawab yang mana satu dulu ni?" Sya memeluk aunty Sofea. Sememangnya aunty Sofea peramah orang orangnya, baik hati, lemah lembut, sebab itulah alisya mudah serasi dengan aunty Sofea.
"Waalaikumussalam. Lupa aunty nak bagi salam. Excited sangat nak jumpa alisha, dah lama tak jumpa. Rindu tau! So how? Sihat?" Aunty sofea tersenyum
"Alhamdulillah... sihat, aunty macam mana? Sihat?" Tanya sya. Sudah lupa agaknya asy disebelah.
"Sihat alhamdulillah... macam ni lah yang isya tengok, oh ya, isya datang dengan siapa?" Tanya aunty Sofea
"Oh, lupa pula.. kenalkan aunty, ni asyraf, ni Aunty sofea." Asyraf tersenyum sambil menyahut huluran salam aunty sofea. Hoi, bukan mahram hoi.
"Hmm.. segak. Pandai isya cari eh." Aunty sofea tersenyum penuh makna.
"Cari apa pula aunty?" Alisya pelik
"Boyfriend" asy mebcelah sambil tersenyum. Memerah pipi alisya.. sudah berapa kali agaknya pipi ni memerah hari ni disebabkan asy. Sya mencubit lengan asy.
"Auch, sakit lah..."
"Siapa suruh buat hal" sya membalas sambil tersenyum ke arah aunty.
"Hish, isya, apa buat boyfriend macam tu..." aunty Sofea mengusik
"Garang betullah alisya ni kan aunty" asy menyambung
"Haah,garang sangat. Tapi dalam hati, ada taman bunga." Aunty Sofea sambung mengusik.
"Hish aunty ni... isya datang ni nak beli blouse jugak sebenarnya" isya berjalan ke arah deretan baju blouse yang tergantung cantik.
"Hm kamu pilih lah ye, aunty ada pelanggan kejap." Ujar aunty Sofea lalu berlalu ke arah pelanggan yang baru memasuki butiknya.
"Sya! Aku rasa... blouse ni sesuai dengan kau..." asy mengambil baju bertali halus berwarna nerah terang, berkelip-kelip ats lutut pulak tu. Huish macam nak lergi disko.
"Hahaha.. kau ni dah rabun ek? Aku pakai tudunglah ngek. Lagipun terdedah sana terdedah sini. Tak mau la aku. Kau bagi free pun belm tentu aku pakai tau" alisya ketawa melihat baju yang dihulurkan. Alisya mengambil baju berwarna pink, design seperti tadi, berkelip-kelip, penuh dengan manik, bertali sehalus 0.5cm lalu digayakan ke tubuh asy sambil mengahadap cermin.
"Hahahahhahahaha yang ni sesuai" berdekah-dekah alisya ketawa membayangkan asy memakain baju tersebut.
Masam cemberut muka asy.
"Ish kau ni. Tadi cakap nak pilih blouse.."masam muka asy lalu mengambil baju tadi disangkut ke tempat asalnya.
"Okay okay..." sya memegang perutnya. Sakit. Akibat ketawa terlalu banyak.
Sya membeli 2 helai blouse berwarna cream dan biru turqoise beserta shawl sekali.
"Kau nak beli apa-apa tak?" Tanya alisya setelah selesai membayar.
"Hmm..entah.. tak kut."
"Baju? T-shirt? Seluar? Kasut?" Tanya sya
Asy kelihatan sedang berfikir sambil berjalan. Tiba-tiba asy berhenti di sebuah kedai yang menjual baju 'couple' . Oh no! Janganlah dia beli baju macam tu. Asy tersenyum penuh makna lalu menarik hujung baju alisya memasuki kedai itu..
Asy memilih baju couple berwarna biru muda bercorak kartun yang sama. Oh tidakkkk! Sya menggelang tali tidak dihiraukan oleh asy, lalu diambil baju tersebut ke kaubter untuk dibayar.
"Macam budak keciklah kau ni" perli sya
"Biarlah, nah" asy mengulurkan baju yang mempunyai kartun lelaki, asy pula mengambil kartun perempuan. Alisya mengambil baju dengan lemah. Sabo je lah.
"Jom lergi tutti fruitti, aku laparlah."ujar asy sambil menggosokkan perutnya.
"Okay jom." Laju sahaja sya bersetuju. Bab makan number 1
Di tutti fruitti...
"Apesal kau ambik banyak sangat buah ni?" Tanya asy
"Dah aku lapar"jawab sya selamba
"Tak sangka pulak orang kecik lerut besar gajah" sinis.
"Perut aku, bukan perut kau... diam ah" sya menjeling lalu mencari tempat duduk.
Asy melihat sya yang makan seperti orang yang tak makan setahun, lapar sangat ke? Asy menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya melihat sya makan. Cute. Sya yang sedang makan berhenti makan.
"Apesal kau tengok aku macam tu?" Tanya sya.
"Saja." Selamba lagi.
"Aku nak makan ni"
"Makanlah, aku tak kacau pun"
"Dah kau tengok aku... tak selesa lah"
"Kenapa? Rasa berdebar ek?" Asy tersenyum simpul. Alahai, gugur jantung.
"Er.. takdelah." Sya menyambung makan.
Tak lama kemudian..
Bip...bip...bip... telefon sya bergetar,
Sya, kitaorang dah habis tengok wayang, kau kat mana? -qiela
Aku ada kat tutti fruitti ni hah. -sya
Okay, kita jumpa kat depan kedai buku popular lah, aku nak pergi beli novel.. hehe.. buat stok cuti ni -qiela
Hm.. ye lah... kejap lagi aku sampai. Tunggu tau! aku nak beli buku sikit untuk adik aku dina -sya
Okay -qiela
"Kau mesej dengan siapa tu? Dari tadi duk menaip" tanya asy
"Qiela. Diorang tunggu kita dekat kedai buku popular. Jom ah" ajak sya
"Oh, okay. Jom"
Sampai sahaja di kedai buku popular, sya memanjangkan kepalanya mencari kawan-kawannya.. mesti duduk di bahagian novel lah tu. Alisya berjalan-jalan menuju ke arah buku pembelajaran tingkatan 3 untuk adiknya dina dan afiq. Kalau boleh dia mahu adiknya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat masuk ke sekolah bersama dengannya. Setelah lama membelek-belek buku, alisya memilih 4buah buku latihan dan nota ringkas untuk adik-adiknya. Sya turut membeli sebuah buku untuk dia membuat rujukan...
"Kau beli buku apa?" Tiba-tuba asy bersuara.
"Huh, astaghfirullah. Lain kali datang tu bagi salam"marah sya. sya mengurut-urutkan dadanya. Terkejut. Mamat ni selalu je datang menyibuk.
"Assalamualaikum, kau beli buku apa tu?" Dan lagi, muka selamba.
"Waalaikumussalam, aku beli buku untuk adik-adik aku." Jawab sya lalu menjeling asy
"Woi, tak habis lagi dating? Kitorang dah bayar pun..." usik sarah
"Tak puas lagi. Kau ni kacau lah sarah" asy mengusik sya
"Ish kau ni kan" sya mencerlung mata. Kecik besar besar kecik je aku tengok kau hari ni. Sya menampar lengan asy dengan buku lalu berlalu pergi ke kaunter untuk buat bayaran.
"Auch.. sakitlah" asy menggosokkan lengannya.
"Padan muka, siapa suruh cari pasal? Hahaha" sarah ketawa terkekek-kekek.
Muka sya usah dikatalah, merah biru kuning dah.
Sarah membuntuti langkah sya ke depan kedai setelah selesai membuat pembayaran di kaunter dengan ketawa yang bersisa.
"Kau ni dah kenapa sarah?" Tanya qiela aneh.
"Hah? Haha tak de apalah..." sarah tersengih memandang sya sambil menjongketkan sebelah keningnya.
Sya mengerutkan keningnya kelihatan tak puas hati.
Usai membeli belah, mereka berkumpul di depan kereta alphard.
"Lepas ni nak pergi mana pulak?" Tanya danial
"Pergi taman nak?"cadang qiela
"Taman? Hmm.. boleh jugak idea kau tu.." danial bersetuju lalu tersenyum. Comelnya senyuman dia... qiela terpegun, selama ini dia hanya bergaduh sahaja, tapi hari ni? Tunggang terbalik hati aku ni tengok dia senyum.
"Pak man, hantar kitorang pergi taman yang biasa enyel pergi tuu..." danial memberitahu pemandunya.
Setelah sampai di taman rekreasi...
"Weh, jom naik basikal!" Ajak yana, air mukanya jelas kelihatan teruja.
"Eh eh, sya kau tinggal sini..." asy menyekat laluan sya... sya ke kanan, asy ke kanan, sya ke kiri, asy ke kiri, sya mengerutkan dahinya
"Apa masalah kau ni... aku nak main lah" sya tak puas hati. Rakan-rakan sya yang dah 'blah' pergi main ke mana entah.
Asy tersenyum melihat sya marah lalu menarik hujung baju sya ke kedai sewa basikal, asy menyewa basikal yang membolehkan 2orang mengayuh. Sya memandang pelik. Takkan aku kena naik benda ni dengan dia.
Selesai sahaj membuat penyewaan, asy menepuk tempat duduk di belakangnya. Sya mengangkat kening, ahh sudah, aku nak lari!
"Sya kau duduk belakang ni.. cepatlah!" Gesa asy
"A...a..aku??" Sya menuding jari ke arah dirinya.
"Iya, cepatlah"
Sya berjalan perlahan ke arah asy lalu naik di tempat duduk belakang. Asy dan sya mula mengayuh basikal. Rakan-rakan yang lain yang melihatnya
"Wuuuu..." serentak mereka mengusik sya dan asy muka sya dah naik merah dah.. aduh, dah berapa kali dah merah ni..
"Hish tak boleh jadi ni.. asy aku nak jugak" danial buat-buat cemburu.
"Kau pergilah sewa basikal lain" asy tak mahu mengalah
"Woi qiela! Jom sewa basikal.. kita lawan asy" danial bersemangat manakal qiela terpinga-pinga plus terkejut plus pelik plus tertanya-tanya... dia ajak aku ke?
"Cepatlah... hek elah termenung pulak cepatlah!" Danial sudah pun menyewa sebuah basikal.
"Hah? O..okay" qiela bersetuju lalu duduk di tempat duduk belakang danial. Danial turut menyewa basikal yang sama seperti asy.
"Weh yang lain tak nak naik ke" aeril tak puas hati
"Aku nak sewa basikal ni!" Sarah dan aeril mengecop basikal yang sama.
"Kau perempuan naiklah basikal perempuan."aeril tak puas hati
"Ikut suka hati aku lah.. tepilah, kau ambiklah basikla lain" sarah tak mahu mengalah
"Tak nak"
"Pergilah"
"Kaulah yang pergi"
"Tak nak"
Yana memandang aneh mereka berdua ni nak naik basikal ke nak bergaduh. Last-last yana menyewa basikal yang sama seperti asy dan danial
"Sarah, meh naik basikal ni.. tak layahlah naik basikal tu, aku dah sewa pun basikal ni... jomlah!" Yana menenangkan keadaan. Cemberut muka sarah tak puas hati.
"Hmm.. okaylah.."sarah mengeluh tanda sudah mengalah. Aeril tersenyum kemenangan.
Mereka mengayuh basikal berkejar-kejaran.
Miss upl bab 14 cepat tau! Tak sabar nak baca ni ������
BalasPadamInsyaallah :-)
Padam