CINTA KLUSTER❤
BAB 11
Hari rabu iaitu hari kokurikulum adalah hari yang paling dibenci oleh alisya. Ini kerana dia perlu berkawad di bawah panas terik matahari untuk badan beruniform polis. Dia memilih untuk memasuki badan beruniform ini kerana baginya pakaian polis yang segak dan kemas amat menarik perhatian. Lagipun dia sukakan kekemasan. Sudahlah asyraf menyertai persatuan yang sama. Namun dia tidak memikirkan akibat disebaliknya. Dia perlu berkawad!!
"Weh sya! Apehal muke kau yang merah macam bendera Malaysia je tu?" Tanya yana. "Aku panaslah... aku tak biasa berjemur macam nii.. habislah hangus kulit aku nanti..." balas alisya sambil mengesat peluh yang tidak berhenti menitik di dahi. "Haih.. kau ni.. tak lasak langsung.. tu laa. Asyik sangat dengan gadget, sampai aktiviti luar pun tak terdedah langsung!"bebel sarah pula. "Alaa.. bisingla korang nii... aku ni anak dara. Kenalah duduk diam-diam. Bukan melompat sana sini kat luar tu" balas alisya pula. "Eh eh eh, ada ke kitaorang suruh kau lompat sana sini? Kitaorang maksudkan buat aktiviti luar. Bersenam ke, joging ke, bukan terperuk dalam rumah." Sinis qiela. "Yela yela. Full stop. Tak mau dengar sesi pembebelan lagi okay?" Balas alisya menayang muka comelnya sambil buat simbol 'okay' dengan jarinya.
"Okay semua.. aktiviti harini akan lebih menyeronokkan kerana kita ada menjemput beberapa orang inspektor bersama menjalankan aktiviti dengan kita semua. Ini inspektor zarul, inspektor aiman dan inspektor fakhrul. Mereka akan mengajar kamu cara berkawad dengan betul,cara memujuk penjenayah dan lain-lain lagi."ujar sir zainal sambil memperkenalkan beberapa orang inspektor di dataran berkawad yang luas .
Kelihatan seorang lelaki yang sudah berumur dan 2 orang pemuda. Pelatih agaknya. Semua pelajar menabik hormat lalu dibalas semula tabikan itu.
"Okay semua, saya inspektor zarul. Saya ialah pelatih kepada inspektor fakhrul. Saya akan ajar kamu cara berkawad dengan betul. Sebelum tu, siapa disini boleh tunjukkan saya contoh kamu semua berkawad sebelum ni? Hantar seorang wakil." Ujar inspektor zarul. Dua orang lagi inspektor hanya mendiamkan diri sambil berdiri tegap di sisi. Semua pelajar mendiamkan diri. Maka dengan itu, inspektor zarul berjalan di setiap barisan untuk memilih. Dia berhenti disisi alisya. Dia merenung wajah mulus itu. Cantik!
'Alamak matilah aku.. kenapa berhenti? Jalanlah lagi ke belakang sana.. hadoiii! Ya Allah.. janganlah aku yang terpilih untuk buat show yang tak berbayar tuh!' Doa alisya di dalam hati. Mata alisya hanya dihalakan ke hadapan. Langsung tidak memandang ke arah sisinya. Jiwanya bergetar hebat! "Hmm, siapa nama kamu?" Tanya inspektor muda itu. "Err, Alisya tuan!" Balas alisya yakin. "Saya mahu kamu tunjukkan cara berkawad dengan betul di hadapan, boleh?" Tanya inspektor muda itu tegas. 'Ah sudah! Memang betullah.. Haih.. tak payah nak bertanya boleh ke tidak lah! Memang dah aku tak boleh nak tolak. Kerek punya manusia!' Bebel hati alisya. "Boleh ,tuan!" Balas alisya lagi . Walaupun dia terpaksa, dia tetap melaksanakan arahan. Lalu alisya melangkah perlahan-lahan ke hadapan. 'Hadoiii.. malunya aku.. dah lah semua orang tengok. Dapat simbol mata daripada cikgu, ada asyraf pulak yang duk tenung aku.. matilah nakkk' rungut alisya. Lalu dia memulakan perlahan-lahan show kawadnya itu. Mukanya merah menahan malu dan panas yang membahang.
"Okay bagus alisya! Cara awak berkawad memang betul. Cuma awak tidak ada semangatnya yang kuat sahaja. Harap awak boleh perbaiki. " komen inspektor zarul lagi. Dia senyum kecil. 'Aikkkk boleh pulak dia senyum kat aku? Inspektor pun boleh senyum ke? Pelik bin ajaib sungguh! Jangan-jangan dia berkenan kat aku tak? Hisy, tak mungkinlah.. mintak dijauhkan!' Hati alisya menjerit lagi.
"Okay... tamat sudah sesi berkawad. Sekarang kita semua akan melakukan aktiviti berlakon drama pulak. Semua boleh berehat 5 minit. " kata inspektor aiman pula. Dia juga merupakan junior kepada inspektor fakhrul. Semua pelajar mula bersurai dari dataran. Ada yang duduk terjelepok melepaskan lelah berdiri lama. Ada yang membetulkan urat. Ada yang minum air, ke tandas, dan macam-macam lagi. Alisya and the gang berehat sebentar sambil berbual.
"Weh, kau perasan tak sya?" Tanya qiela. "Perasan apa?" Tanya sya balik. "Inspektor zarul tu kan, dia asyik pandang kau aje daripada tadi. Tengok tuh! Dia tengok kau lagi." Kata qiela sambil memuncung mulut menunjuk ke arah inspektor zarul. "Mana? Mana?" Balas alisya sambil matanya meliar mencari gerangan itu. Lalu dia bertembung mata dengan inspektor itu. Segera dia alihkan pandangan. "Uisyy, haahlah.. dia pandang kau laa." Kata yana pula. "Dahlah handsome, muda lagi tuh sya. Kalau kau tak nak, aku nak. Apalah sangat beza umur tu?" Kata sarah pula. "Weh, korang ni dah kenapa? Gatal bebenor... kalau nak sangat, pergilah amik. I dont care. Lagipun dia pandang semua orang kay? Bukan aku jeh." Balas alisya tak puas hati. "Alaa.. janganlah marah sya. Kitaorang gurau jeh.." balas qiela lagi. Lalu serentak mereka berempat ketawa.
"Semua berkumpul! 5 minit anda sudah habis." Lantang suara inspektor fakhrul. Lalu semua pelajar bangun berkumpul di tempat asal. Namun posisi kali ini bebas. Tidak lagi dalam posisi kawad. "Kita akan mulakan sesi drama memujuk penjenayah. Hantar seorang wakil untuk menjadi penjenayah. Hantar seorang lagi wakil untuk jadi pegawai bertugas." Arah inspektor aiman. Kemudian, seorang pelajar lelaki dan perempuan menapak ke hadapan. "Okay... situasinya.. Seorang penjenayah mengamuk dan cuba mencederakan orang awam dengan mengacukan pistol ke arah mereka. Sebagai pegawai bertugas yang ada disana, apakah yang anda akan lakukan untuk menyelesaikan masalah?" Tanya inspektor aiman.
Pelakon mula mengambil tempat lalu mula berlakon. Bertukar-tukar orang pegawai polis namun tiada seorang pun yang berjaya memujuk si penjenayah lelaki itu . Berbagai cara dibuatnya, ada yang merayu, memberi ceramah agama, cuba merampas pistol mainan, dan sebagainya. Setibanya giliran alisya, semua orang menumpukan perhatian pada gadis ini. Dia mula masuk ke dalam lakonan.
"Err, encik janganlah macam nii, mintak bersabar. Kita boleh bawa bincang elok- elok kan? Letaklah pistol tu.. kan bahaya?" Alisya mula memujuk seperti ibu memujuk anaknya. "Ahh! Aku peduli apa?! Bahaya ke, tak bahaya ke?! Yang penting, aku sakit hati! Bos tak gune tu! Kami semua bekerja siang malam sungguh-sungguh! Last-last, dia bawak lari duit dan satu sen haram pun dia tak bagi kami gaji! Biar dia tahu orang awam ni semua mati sebab dia! Biar dia yang tanggung!" Amuk lelaki itu lagi. 'Uisyy, bang.. pandai kau berlakon. Ke dia ni memang ada masalah mental? Oo, nak lawan aku ya? Meh sini aku gune anugerah yang Allah bagi pada aku sikit!' Gumam hati alisya. "Tapi mereka semua tak berdosa.. kenapa nak bunuh mereka??.. kesian kat mereka, mereka ada keluarga yang nak dijaga.. awak pun ada keluarga kan? Macammana kalau orang bunuh ahli keluarga awak? Apa perasaan awak? Awak tak fikir ke?" Balas alisya lembut sambil menitiskan air mata.
Terkejut beruk lelaki itu melihat air mata alisya. Tersentuh sungguh hatinya. Tidak sampai hati nak teruskan lakonan. 'Air mukanya dah berubah. Hehehe. Pancingan aku mengena!' Hati alisya berbisik jahat. Lama kemudian, dia mula mengalah. "Baiklah. Maafkan aku sebab cuba mencederakan mereka semua. Aku terlalu ikutkan perasaan. Tangkaplah aku. Aku redha." Balas lelaki itu. Lalu drama itu tamat. Semua pelajar yang ada disitu bertepuk tangan. Siap melompat lagi. Yang bersiul pun ada. Alisya melemparkan senyuman selebarnya.
"Bagus alisya ! Brilliant! Saya suka cara awak. Sungguh menyayat hati. Awak pandai bermain emosi dengan orang. Saya rasa awak boleh jadi pelakon yang hebat." Puji inspektor zarul berdas-das. Alisya hanya senyum simpul sahaja.
"Perghhh! Lakonan kau mantop beb! Aku bangga gila dengan kau! Siap menitis air mata lagi. Berubah terus muka budak tu. Hahahaha" puji sarah sambil ketawa macam monyet. "Hish, janganlah puji lebih-lebih. Dah kembang hidung aku tau?" Gurau alisya. "Dah memang betul apa yang sarah cakap tu" Balas yana pula. "Bangga jugak aku ada kawan macam kau ni! Hahaha. Aku tengok muka minah- minah senget plus gedik masam je sebab kau dapat pujian inspektor zarul tadi. Jeleous kot" balas qiela. "Haa mulalah tuh! Nak usik aku lagi. Ak karate kang!"gertak alisya. Serentak mereka ketawa.
Tidak lama selepas itu, aktiviti yang sama masih berjalan. Tapi berbeza situasi. Berita mengejutkan semua orang. Asyraf menawarkan diri. Sedikit terjerit daripada para gadis apabila asyraf melangkah ke hadapan. Gedik semacam! Maklumlah, dengan seragam polis itu, menambahkan lagi kekacakan dan kesegakan asyraf. Nampak macho! Watak pegawai polis masih belum diketahui.
"Siapa nama kamu?" Tanya inspektor fakhrul. "Asyraf" balas asy sepatah. "Okay asyraf , saya nak kamu memilih pegawai polis yang akan memujuk kamu daripada kalangan pelajar yang ada disini. Bebas memilih jantina." Jelas inspektor fakhrul. Kelihatan para gadis mula memaniskan senyuman supaya asyraf memandang dan memilih mereka. Buekk! :-p
"Saya memilih alisya." Terkejut beruk alisya. Terbuntang mata, terlopong, segala 'ter' riak muka alisya. "Uuuuuuu" kedengaran beberapa pelajar bersorak sambil senyum penuh makna. Dan di kalangan itu terdapat geng alisya.
'Kerek punya kawan! Bukannya nak tolong aku! Sokong pulak! Apalah nasib punya badan..' alisya mengeluh panjang sebelum membalas. "Tta tapi... kan saya dah buat tadi." Muka alisya minta belas kasihan daripada inspektor fakhrul. Tapi tidak dilayan. "Dah dia yang pilih." Balas inspektor yang sudah dimamah usia itu selamba. 'Jawapan paling kerek yang aku pernah dengar' hati alisya berkata sambil menayang muka menyampah. Lalu dia gagahkan juga kakinya yang sudah lembik itu menuju ke hadapan. Dia mula mengambil tempat dan emosi.
"Situasi nya adalah... seorang lelaki hendak membunuh diri kerana putus cinta." Terang inspektor aiman. Semua orang hanya memerhati. Semua diam kerana ingin melihat lakonan tidak berbayarku ini. 321 mula!
"Aku nak mati. Aku dah tak tahan hidup macam ni. Seksa sangat! Jangan ganggu aku laa. Jangan halang aku!" Kata asy penuh emosi. "Ya Allah... ingat tuhan. Ingat agama sikit. Ingat keluarga. Awak ada mak ayah lagi kan.. lagipun bunuh diri tu dosa besar. Kekal neraka selama-lamanya tahu tak?" Kata alisya lembut sambil memujuk. "Tak nak! Aku tak tahan! Kau tak faham perasaan aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa! Jangan dekat. Aku terjun kang!!" Tempik asyraf. 'amboi amboi amboi... ni dah lebih nii.. jerit-jerit depan muka aku. Mujur tak merecik air liur ko. Kalau tak memang parah kau kena dengan aku. Siap kau! Meh aku kerjakan. Sabar sya... relaks.. steady je.. fuhhhh..' alisya cuba menenangkan hati.
"Astaghfirullahalazim.. banyak lagi perempuan yang boleh awak cari. Ramai lagi yang baik kat luar sana. Yang cantik tak guna kalau hati busuk." Ujar sya lembut sambil bersabar. "Siapa lagi? Perempuan semua hipokrit! Tak guna semuanya! Pandang rupa dan harta aje!" Bidas asyraf. 'Hisy.. dia sengaja nii.. nak sakitkan hati aku... dah lah perli kaum wanita.. ewah ewah.. memang nak kena mouth wash and brain wash sungguh! Takpe.. Meh sini ko! Aku kerjakan cukup-cukup.' Desis Alisya geram. "Habis kalau semua perempuan hipokrit, tak guna, selfish? Mak awak? Nenek awak? Moyang awak? Semua macam tu jugaklah ya? Yang mengandung, melahirkan, menjaga, beri makan minum.. semua tu yang hipokrit la ya?" Tanya alisya lembut tetapi sinis. Alisya ketawa terbahak-bahak di dalam hati. Dia hanya sembunyikan senyuman. Asyraf terdiam kata. Kelu lidahnya tika ini. Dia menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong. 'Berani dia kenakan aku.. hah! Amek ko!' hati alisya berbisik bangga.
"Dah memang perempuan sekarang macam tu. Bukan macam perempuan dulu-dulu." Asyraf mengelak. "Lagipun siapalah sudi jadi gf aku ni? Tak ada yang ikhlas. Tengok lelaki lebih baik, terus aku ditinggalkan. Sedangkan aku sayang dia bagai nak rak! Lebih baik aku mati aje. Aku tahu kat alam sana lagi susah. Tapi aku memang dah tak tahan." Ujar asyraf lagi. "Kalau macam tu, biar saya ajela yang jadi gf awak. Saya janji tak akan curang mahupun khianati awak" kata alisya spontan. Dia tak tahu macam mana boleh keluar ayat itu daripada mulutnya. Dia sendiri tidak sedar dia berkata begitu. 'Ah sudah! Apa aku cakapkan ni? Macammana boleh keluar ayat ni? Adoiii. Tak sayang mulut betul. Eh, ni kan lakonan aje. Who cares?' Desis hati alisya. "For seriously? Bukan sebab nak pujuk aku jeh?" Balas asyraf. Idea jahatnya muncul. "Yelaa. Dah awak kata tak ada perempuan yang ikhlas kan?" Balas alisya. "Okay" lalu asyraf turun daripada kerusinya yang kononnya 'bangunan tinggi' itu. Kemudian, semua pelajar bertepuk tangan. Kali ini lebih meriah. Cikgu dan inspektor pun sama. Berasakan bangga sebentar alisya. "Kami bangga dengan awak. Sikap awak yang tidak putus asa dan lembut itu membuat semua hati tersentuh." Puji inspektor fakhrul. "Terima kasih." Alisya tersenyum malu. Aww!
Okay semua boleh bersurai. Setelah memberikan tabik hormat dan salam, Para pelajar mula berjalan pulang ke asrama untuk membersihkan diri. Ketika berjalan pulang, sempat asyraf menoleh ke arah alisya dan tersenyum kacak sambil mengenyitkan mata. Alisya yang melihatnya kelu lidah dan kakinya kaku.
"Weh, sya . Kau dah kenapa? Mentang-mentang dah pandai berlakon dan memujuk nii dah tak boleh berjalan ke? Ke sebab kau berlakon dengan asyraf tadi? Bukan main sweet lagi" Tegur qiela sambil tersenyum penuh makna. "Hisy, kau ni! Tak ada papelah. Jomlah balik asrama. Baju pun aku tak basuh lagi. Badan pun busuk berpeluh. Melekit!" Dalih alisya lalu berjalan laju ke asrama puteri meninggalkan rakan-rakannya yang lain. 'Eh,Aku salah tengok ke tadi? Eh, tak mungkinlah. Eh, Aku salah tengok kot. Hadoi.. Kau ni kenapa alisya? Dah angau sangat ke dengan dia ke apa?!' Hatinya berbisik marah.
Perghhh. Best gila kot hakak. Kipidap.
BalasPadamSalam dari athirah
Wassalam. Thenks dik
Padam