CINTA KLUSTER❤
BAB 10
Setelah lama berbincang tentang essay, qiela sudah mula lenguh tengkuk manakala danial berasa kering mulut, masing-masing seperti mahu berehat seketika. Qiela membaringkan kepalanya di atas meja dan menghalakan mukanya ke arah alisya, pensil di tangan sudah diletakkan di atas meja. Asyraf pula masih tekun membuat essay. Alisya turut membaringkan muka seperti yang dilakukan oleh qiela dan menghalakan mukanya ke arah qiela. Penghuni di pustaka juga semakin berkurang,sekarang hanya mereka berempat sahaja yang tinggal. Alisya kalau boleh mahu menyiapkan kerja ni secepat mungkin, tak ada lah nak menghadap muka mamat ni 24jam, dah la semua yang di beri cadangan ditolak sementah-mentahnya, mujur sahaja danial membelanya. Semua ideanya dikatakan tidak munasabah lah, tidak kemas lah dan macam-macam lagi alasannya. 'Kan kalau aku tak buat kerja cakap aku ni pemalas, bila aku buat kerja ditolak mentah-mentah.. sabar jelah alisya oii ada ketua macam mr stone.'
"Asy, aku nak keluar kejap. Aku dahaga lah, nak pi beli air jap, kau nak air tak?" Danial bangun menggeliat lenguh
"Em, kau beli air apple je dah" asy menjawab lalu berhenti menulis untuk berehat sebentar.
"Eh kau nak keluar ke? Aku nak air jugak, kau beli air anggur eh" tanya qiela selamba membaringkan muka kembali
"Eh eh, kau nak kau beli sendiri. Ingat aku ni bibik kau ke?" Balas danial tak puas hati
"hish, malas lah kau ni. Takpe lah aku ikut kau sekali. Sya kau nak air tak? Meh aku tolong belikan."
"Erm, kau beli air orange jus takpe..."
"Okay, kau tunggu sini eh. Nanti kitaorang datang balik" ujar qiela lalu beredar bersama danial.
Kini hanya tinggal sya dan asy, aduh janggal betul lah duduk berdua macam ni... janganlah jadi apa-apa.. mintak dijauhkan..
Selang beberapa minit, papp! Lampu library terpadam, suasana menjadi gelap mungkin tiada elektrik kebarangkalinya, cermin library pula warna gelap, panas pula tu.. hari dah nak malam.. alisya yang ketika itu sedang asyik menulis terkejut, pensil yang dipegang di tangan kanannya terjatuh di bawah meja.
'Aduhhh, masa ni lah kau nak jatuh.'desis hati alisya.
Alisya membongkokkan badan untuk mencari pensilnya, mungkin sudah tergolek di bawah meja manakala tangannya meraba-raba mencari pensilnya. Last-last alisya duduk merangkak di bawah meja mencari pensil kesayangannya oleh kerana lenguh membongkok terlalu lama. Tanpa sedar, alisya merangkak dari mejanya ke meja jirannya iaitu asyraf. 'Pensil.. mana kau... janganlah lari jauh, aku tak nampak ni' alisya berharap dalam hati.
'Isy apehal aku rasa macam ada benda je kat kaki aku ni.. terkuis-kuis... takkan hantu kut. Haish..'rungut hati asy agak takut. Asy memberanikan diri untuk membongkokkan badan ke bawah meja untuk melihat apa yang menguis kakinya dari tadi. Baru sahaja membongkokkan kepalanya, Bukkk!!
"Aduh sakitnya kepala aku.. haish siapa pulak langgar kepala aku ni?" Asy mengaduh sambil menggosokkan dahinya.
"Eh.. asy ke tu? Er.. maaf maaf. Sa..saya tak sengaja... bengkak ke?" Tanya sya bersalah
"Eei, kepala kau tu kepala batu ke apa?sakit tahu tak!? Kau buat apa hah duduk bawah meja aku??" Dengus asy
"Eh apa pulak kepala batu? Kalau kepala batu dah lama kepala kau tu berlekuk tak pun pecah.. alah setakat terlanggar kepala dengan perempuan sikit nak mengaduh.. manja betul.. meh aku tolong tiup kan.. confirm okay lepas ni.." sindir sya sambil tangannya menarik rambut asy spontan mendekatinya lalu ditiup perlahan "fuhh fuhh, kejap lagi okay lah tu." Ujar alisya.. 'wanginya bau rambut dia, fuh kuatlah wahai iman.. jangan mudah tergoda.' Hati sya kuat berdoa
"Hish, habis mengercik air liur kau kang, busuk rambut aku kang" kata asy sambil menyapu rambutnya. sebenarnya asy sedang menahan rasa... rasa berdebar di dada.. entah mengapa dia rasa jantung dia berdegup laju macam sedang berlari acara marathon.
"Takde maknanya lah.. aku tiup bukannya meludah air liur. Aku tolong tu tak ada pulak dia nak ucap terima kasih ke apa, marah lagi adalah" rungut alisya. Lambat pulak danial dengan qiela ni.. pergi beli air ke buat air? Aku ni dah la takut gelap, berduaan dengan mamat ni pulak tu... kalau iman tak kuat, fuh aku tak tahu la apa jadi kat sini.
Alisya kembali ke tempat asalnya. 'Sekejap lagi dah nak maghrib, aduh... confirm kena denda ni, aku dah lah tak mandi lagi..' alisya mula gelisah. Pustaka asrama di sekolah ini sememangnya dibuka sehingga jam 10 malam, ini untuk membantu memudahkan sesi pembelajaran para pelajar, bagi sesiapa yang tidak sempat mencari bahan pada siang hari mereka boleh mencari bahan pada waktu malam.
"Er.. asy.. kau kat tempat kau kan?" Tanya alisya setelah beberapa minit berdiam diri.
"Iye... Dekat tempat aku lah.. kenapa?"
"Oo.. aku pergi dekat kau eh, aku takut lah duduk sini sorang-sorang" padahal
Mereka duduk hanyalah meja bersebelahan
"Tak payah mengada."
"Ish tak kesah lah.. aku pergi jugak, aku takut nii.. tak prihatin betul" alisya berjalan perlahan menuju ke meja asyraf sambil tangannya menggagau-gagau supaya tidak jatuh atau terlanggar apa-apa. Kerana takut akan gelap, alisya duduk bersebelahan dengan asyraf hampir sahaja bertembung bahu.
"Ish tak payah la rapat-rapat, rimas tahu tak"marah asy
"Aku takut la.. lagipun aku memang takut gelap dari kecik. Kau ni bukannya aku baring atas riba kau pun kan, aku cuma duduk sebelah kau je. tu pun nak marah"rungut alisya yang sememangnya takut akan gelap sejak dari kecil, selalunya mama atau adik-beradiknya yang akan menemaninya. Entah kenapa dia merasa takut setiap kali dalam gelap.
"Aku tak marahlah"
"Eleh habis tu intonasi suara kau tu? Ingat aku tak tahu?" Alisya membalas dengan muka cemberut. Mujur sahaja suasana gelap ketika itu, kalau tidak, dah lama mukanya bertukar warna biru! Malu! Nak bertukar jadi warna hijau, nanti macam The hulk, hish tak nak lah buruk sangat rupanya tuu.
Asyraf mendiamkan diri sahaja, malas agaknya berbahas dengan minat senget ni.. takpun dah habis ayat nak balas.
Sementara itu,
"Weh, aku nak pergi toilet la.. kau teman aku eh? Kau tunggu la kat luar.." ujar qiela memegang perutnya, sakit perut agaknya.
"Hisy ye la yela.. jangan lambat sangat tau!" Pesan danial.
"Iye... tunggu tau!" Sempat qiela berpesan lalu berlari anak memasuki tandas.
"Hmm"
Beberapa minit kemudian.. qiela berjalan keluar dari tandas.. kesian danial menunggunya sehingga berjanggut pula tu. Mata danial mencerlung sedikit
"Aduhai lamanya kau masuk tandas, kau buat apa hah? ni nampak tak janggut aku makin panjang tunggu kau?"
"Ala..sori lah, aku sakit perut tadi, dahla tak layah nak membebel macam mak nenek, jom pergi pustaka, kesian sya tunggu aku" kata qiela sambil berjalan. Malas melayan danial dengan bebelan yang tak habis-habis.
Tak lama kemudian...
Klik! Lampu terbuka.. suasana menjadi terang semula.. asyraf mahu menyuruh 'jirannya' bangun dan kemas barang untuk pulang ke dorm, belum sempat asyraf berbuat demikian, alisya kelihatan enak tertidur, kedengaran dengkuran kecil.. letih agaknya. Asyraf tersenyum kecil. Dia mengambil keputusan untuk menyambung kerja sementara menunggu danial dan qiela yang belum pulang dari tadi.
Beberapa minit kemudian...
"Asy.. sori kitorang lambat, qiela ni hah pergi toilet lambat sangat" ujar danial sambil menghulurkan air kepada asy manakala qiela tersengih kerang 'wangi'.
"Hmm.. it's okay." Asyraf mengambil airnya lalu ditekap di pipi alisya menyuruhnya bangun. Alisya yang terasa pipinya sejuk terus mengangkat muka. "Aduhai sampai tertidur kawan aku.." kata qiela lalu mengemaskan barang-barang di atas meja untuk pulang ke dorm.
P/S: pembaca-pembaca diminta mengomen supaya kami thu hasil kualiti kerja kami dan kesilapan yg kami tak perasan.. boleh lah miss betulkan nantii. Hrp sporting semua :-)
Syadah ucukkk
BalasPadam