Mr candy crush
Bab 1
"Oit Lara, kau tahu tak? Harini kan.. ada kemasukan pekerja baru. Kalau tak silap, Arkitek aku dengar. Yelah.. kan syarikat ni baru buka. Mestilah kena tambah pekerja. Aku beruntung sangat dapat kerja di Syarikat besar ni. Sebagai akauntan kat syarikat ni, tak habis gaji kita kalau kerja kat sini tau?" itulah suara sumbang Syuha, rakan sekerja aku aka kawan baik aku sejak masuk universiti KL dulu.
"Kau ni.. cepat betul dapat maklumat. Kau memang dah berkawan dengan semua orang ke kat dalam syarikat ni? Padahal baru 2 bulan kita kerja kat sini. Dah tu, lantak dialah arkitek ke, apa ke. Kau nampak tak aku stres sebab tak seimbang ni?" bebelku kepada Syuha. Ternganga Syuha mendengar aku kata begitu sebelum ketawa kuat.
"Woi diamlah. Nanti kalau Tan Sri dengar kau ketawa macam monyet macam tu, terus kau kena pecat. Aku tak nak tanggungjawab."
"Ee kau ni suka kacau mood aku tengah happy ni. Weh, kau rasakan.. arkitek tu laki ke pempuan? Kalau laki, kau rasa handsome tak??"
"Hish, apa kau ni? Sikit-sikit rupa, sikit-sikit pangkat. Diam boleh tak?!" aku dah naik hangin dengan perangai Syuha yang selalu lebihkan rupa dan pangkat daripada lelaki.
"Hm.. yelah yelah. Kau ni kuat bebel la.. Eh bangun cepat tan sri datang! tan sri datang!!!" Selepas syuha berkata begitu semua orang dalam pejabat di tingkat 16 ni bangun dan beratur keluar untuk tunduk hormat. Aku pun sama.
"Selamat pagi semua. Hari ni saya nak kenalkan pekerja arkitek baru kita, kenalkan ni Encik Ahmad Farid bin Ahmad Nazri." Kepalaku yang tertunduk tadi segera terangkat seperti tindakan refleks apabila terdengar Tan Sri menyebut nama indah yang dah lama aku tak dengar lebih kurang 3 tahun.Selepas itu, aku nampak tapak kaki kasut hitamnya yang masuk menuju ke dalam pejabat di tingkat paling atas ini. Perlahan-lahan aku lihat dari bawah keatas. Dia berseluar slack hitam, berkemeja hijau lembut dan apabila sampai di raut wajahnya yang aku rindu itu, sungguh ku rasa mahu pengsan. Tak percaya bahawa dia berdiri di depan mataku sekarang ini. Lalu aku terpandang matanya. Dia juga merenung mataku. Kami sama-sama merenung tidak percaya dan "Farid.." spontan mulutku menyebut nama sedapnya. Dia juga seperti terkejut lalu menyebut namaku pula. " Lara".
"Eh, kamu berdua saling kenal ke?" tanya Tan sri membuatkan kami tersentak.
"Err kami satu sekolah dulu." Cepat-cepat aku cover. 'Dia tu crush saya dulu Tan sri'. Haa, yang tu aku sambung dalam hati.
"Lara buat apa kat sini? Kerja kat sini jugak ke?" Farid bertanya.
"Haah. Baru je lagi." merah muka kerana malu dengannya.Syuha dah bagi pandangan. 'Explain lepas ni' aku membalas 'okay'.
Setelah kami duduk di meja kerja masing-masing, tu pun setelah Farid dipanggil ke dalam pejabat Tan sri pasal kerja. Cepat sahaja mejaku diserbu Syuha.
" Explain now and no excuses!" tegas sahaja bunyinya.Aku pun mula bercerita. Terus layaran ku ke nostalgia lama yang tersemat di dalam hati dan di fikiran setelah sekian lama.
***
Kisah ni bermula 9 tahun lalu sewaktu aku mula berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Arif ini. Mujurlah keputusan UPSR yang cemerlang dulu mendorong aku untuk masuk ke sekolah elit ini. Bukan calang-calang orang tau yang boleh masuk ke sekolah ni. Nak masuk pun, kena periksa latar belakang dulu, kalau lulus baru boleh masuk. Kalau tak, say bye-bye aje.
Haa nak dijadikan cerita, ni dah masuk tahun akhir aku bersekolah disini. Aku dah form 5! Lepas ni, tak boleh dah nak jumpa si dia atau lebih tepat lagi mr candy crush. Dari hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah ni, aku memang dah copkan hati aku untuk dia. Dia memang jejaka idaman kat sekolah ni. Bukan sahaja di sekolah ni, kat dalam laman sosial pun dia popular. Maklumlah zaman Instagram.
Pada hari ini, bermulanya first day aku di sekolah ini pada tahun baharu iaitu tahun SPM. Oh no! aku dah nak SPM. Tapi masih tak sedar diri.
"Assalamualaikum kawan-kawan tersayang". ucapku sebelum mengetuk pintu kelas baharu itu. Aku stay kelas 5 al-biruni. Dari form 1 lagi duk kelas al-biruni ni sebenarnya. Memang sudah maklum memang hingar-bingarlah dalam kelas ni first day kan mesti excited jumpa kawan-kawan.
"Waalaikumussalam" jawab beberapa orang yang ada dalam kelas itu.
"Fulamak!! Kau rupanya.. Tak cam aku, makin lawa kau sekarang eh? Mentang-mentang dah form 5" kata badrul kepadaku.
"Hehehe. Eh mestilah! Tak kan nak stay hodoh je kan? Manusia sentiasa berubah". kataku tenang sambil mengenyit mata kepadanya. Dia pun pura-pura tergoda dengan kenyitan 'berbisa' aku itu.
"Kau datang sekolah nak belajar ke nak cari pakwe? Seriously kau lawa gila. Kau pakai produk apa weh? Macammana boleh ramping semacam ni? Setahu aku tahun lepas kau macam badak air. Hahahaha!" aiman pula yang mengutuk sambil memuji.
"Amboi! sesedap rasa mulut kau je mengata aku badak air eh? Kau tu macam handsome sangat. Macam tenuk je aku tengok. By the way, mak aku baru beli mesin lari-lari tu. Jenama Takasima. Ori yang Jepun punya. Kau apa tahu?!" Semua yang mendengar aku kata begitu ketawa terbahak-bahak.
Aiman pula cuma mencebik bila dengar aku kata begitu lalu teruskan perbualannya dengan badrul.
Cuma ada beberapa orang sahaja dalam kelas ni kerana waktu sekolah masih awal.Yang ada cuma badrul, laila, aiman, rafael dan jalilah. Ni lah muka-muka sama yang selalu datang awal ke sekolah. Aku pulak? Biasalah first day, tunjuk lah semangat sikit lagipun nak tanda tempat terbaik sebelum orang lain.
"Hm, nak yang mana eh? Yang tengah ke, yang tepi?" aku tanya diri sendiri.
"Alaa, buat apa fikir? Meh duduk tepi aku jeh." suara sumbing rafael berbunyi.
"Eee. Tak kuasa aku nak duduk sebelah kau. Baik aku duduk sebelah orang gila lagi bagus." aku berkata sambil membuat muka jelik kepada rafael yang gatal itu. Bukan aku tak tahu, dia tu dah lama minat kat aku sejak form 3 lagi. Walaupun zaman aku badak air lagi. Haha! Sebenarnya aku bukanlah sebesar tu, cuma orang yang dengki dengan kecantikan luar dan dalam aku suka menggelar aku begitu. Aku cuma berisi sikit aje. Eh! terperasan pulak. Hehe sekali sekala.
"Alaa. Sombong la mentang-mentang makin lawa." rafael buat suara sedihnya itu. Aku buat tak layan.
Laila hanya senyum manis kepadaku. Jalilah pula sempat lagi tidur.Setelah membuat keputusan yang tepat lagi padat, aku memilih tempat yang berdekatan dengan tingkap. Walaupun bukan duduk straight mengadap papan putih, tapi aku tak kisah. Biasalah alaf 21, duduk pun dalam kumpulan. Asalkan tak duduk depan sekali. Aku suka tempat yang cerah dan berangin sebab tu pilih tepi tingkap.
"Hm, awal lagi. Baru pukul 6.55 pagi. Nak buat apa ni? Fiya pun belum datang lagi". Haa, lupa nak kenalkan. Fiya tu kawan baik aku. Kami kawan sejak form 1 lagi. Dah maklum dah perangai masing-masing. Perangai kitorang tak ubah macam beruk mat yeh! Dah kenyataan. Sementara tunggu Fiya datang, aku dah 'tanda' tempat untuk dia kat tepi aku.
"Ahh bosannya! weh laila! tolong jaga tempat aku ngn tempat fiya jap. Aku nak keluar kelas jap nak pergi amik angin jalan-jalan. Tolong eh?" aku buat muka kasihan sebelum Laila mengangguk setuju.Aku dah tahu dah tujuan aku nak pergi. 'Nak lalu depan kelas baru dia la, mana tahu dia dah datang sekolah' Terdetik di hatiku secara tiba tiba.
Sedang aku jalan laju laju nak lalu depan kelas dia, aku dengar ada orang gelak gelak kat tangga. Ha, dah mula lah instint aku nak rasa meremang. Aku cuba jenguk sedikit berhampiran tangga, lepastu aku ternampak...
***
Aku baru keluar dari tandas setelah lalu didepan kelas baru dia tadi. Yang terbaiknya, kalau nak pergi tandas memang wajib kena lalu depan kelas dia dulu sebab kelas dia paling dekat dengan tandas perempuan. Bolehlah nanti aku cuci mata selalu. Niat dah ada dah. Pelaksanaan kerja tak ada lagi. Rupanya dia dah datang, dia tengah berbual bual dengan beberapa orang kawan lelaki dia. Tengok dia senyum dipagi hari pun dah buat aku bahagia harini. 'Haih, apa nak jadilah dengan aku ni' aku menggumam sendiri.
Jujur aku katakan, aku rasa dia tak pernah perasan pun kewujudan aku selama ni, entah dia kenal aku ke tidak. Well, dia kan budak sains tulen. Aku ni pulak budak akaun. Dahlah pelajar dalam tingkatan kami ramai. 300 orang kot! Kelas form 5 semuanya ada 12 kelas. Sekelas ada 25 orang. Ada 6 aliran. Contoh, sains tulen, akaun, seni, lukisan kejuruteraan, perdagangan dan akua. Ha, menarikkan sekolah aku? Memanglah.. sekolah aku ni besar gila kot.
Aku masuk semula dalam kelas setelah 'jalan jalan' tadi. Padahal duk usha anak teruna orang. Aku melihat jam tanganku sudah menginjak ke angka 7.15 pagi. Dan aku nampak Fiya dah ada.
"Fiya!!! Aku rindu kau! Sebulan lebih tak jumpa kau! Rindu gila-gila kot! asyik What's app saja tak cukup." terus aku peluk Fiya.
"Woi!! aku pun rindu gila kat kau lah siot!!" Dia membalas pelukanku.
"Weh! aku ada cer ni!"aku mula bercerita. Pantang nampak sahabat baik aku ni. Ada je benda yang nak diceritakan.
"Hah apa benda?"
"Kau tahu tak?!"
"Tak, aku tak tahu!" Fiya berloyar buruk. Dah lah potong apa aku nak cakap.'Ya Allah, Kau sabarkanlah hatiku ada kawan yang mereng macam ni!' bisik hatiku.
"Tak kelakar lah weh. Dah-dah, dengar ni!Masa pagi buta tadi aku lalu depan kelas dia pastu kan..."
"Jap, 'dia' tu sape?" dia potong lagi.
"Apahal yang kau jadi benak semacam lepas cuti ni? Siapa lagi kalau bukan crush aku la!" Aku menjerit dalam perlahan sebab tak nak bagi orang dengar. Tak faham? Buat-buatlah faham.
"Oo. 'Dia' rupanya... haa, sambunglah!"
"Pastukan aku dengar ada orang ketawa kat tangga. Aku rasa takut tapi aku nak tahu siapa yang ketawa. Lepastu, aku intai la. Then, aku ternampak..."
"Ternampak apa? Cepatlah bagitahu!!" Ni kali ketiga dia potong cakap aku. Dan aku masih cuba bersabar.
"Aku ternampak dia baru sampai kat sekolah pastu dia gelak-gelak dengan kawan dia kat tangga. Lepastu, aku cepat-cepat menyorok sebab tak nak bagi dia nampak aku. And then, dia masuk kelas tanpa nampak aku berdiri belakang tiang kat depan dia"
"Ceh! buat suspen jeh! Aku ingatkan adalah kau nampak pontianak ke apa! Rupanya crush kau je. Tak sangka kau minat lagi dia. Dah 4 tahun kot. Sejak form 1 kot. Sekarang kita dah masuk form 5 tau. Hai.. setianya kau kat dia. Dia pun tak sedar kau wujud ke tidak." kedengaran kecewa pada suara Fiya.
"Aku tahu.. tapi tulah.. dah aku minat nak buat macammana. Aku tahu aku ni bukannya cantik sangat, biasa-biasa jeh. Aku pun bukan dari keluarga berada. Lain sangat kalau nak dibandingkan dengan dia. Dia tu sempurna. Rupa ada, harta ada, bijak dan popular. Aku dengan dia macam langit dengan bumi. Kau tengoklah aku ni, nerd pun ada. Selekeh pun ada jugak. Memang aku dengan dia tak layak langsung." suara dan mukaku seperti agak merajuk dipandang lama oleh Fiya sebelum aku dipeluk dalam dakapannya.
"Siapa kata kawan aku ni tak cantik? Meh aku cilikan mulut dia. Yang cakap buruk pasal kau tu sebenarnya dengkikan kau. Diorang tak senang tengok kau bahagia. Sebab tu la diorang cakap kau macam badak air la, nerd la, selekeh la dan macam- macam lagi. Bagi aku, kau dah sempurna dah. Nak tahu sebab apa? Sebab kau jadi diri sendiri kau. Bukan hipokrit nak jadi macam orang lain. Kalau bukan 'dia' yang pandang kau pun, akan ada lelaki lain yang tengok keistimewaan kau sendiri tanpa kau nak ubah siapa diri sebenar kau. Kau jangan risau. Kalau suatu hari nanti kau jatuh, aku akan pertahankan kau. Aku takkan biarkan kau jatuh. Tapi kalau kau jatuh jugak, kau takkan jatuh sorang-sorang. Kita jatuh sama-sama. Aku akan selalu ada untuk kau. Sebab aku sayangkan kau. Sangat-sangat." kata-kata Fiya yang sangat menyentuh hati buatkan aku sebak. Hampir jatuh air mata aku dengar dia cakap macam tu. Sesungguhnya aku pun sayangkan dia sangat-sangat. Tak boleh bayangkan hidup aku tanpa Fiya.
"Aku pun sayangkan kau sangat-sangat." Bergetar suaraku berkata begitu.
"Dah dah! buat apa nak emo-emo first day ni. Kita mestilah happykan hari kita agar jadi lebih bermakna".
"yep.. okay okay. sesungguhnya kau la kawan terbaik yang aku pernah ada. Sekarang aku nak tanya, bila kau nak leraikan pelukan ni? Dah berkedut tudung aku ni. Siapa nak tanggungjawab?!" kataku sambil pura-pura marah. Lalu kami ketawa sambil leraikan pelukan. Dan betul sangkaanku, tudung aku dah banyak berkedut. Ni nak marah ke nak sayang?! Hm, akan difikirkan nanti.
"And by the way, dari tadi dah aku nak tegur, kau makin kurus. Apa rahsia kau tetiba kurus ni? Kau pakai produk ke?" tanya Fiya musykil. Aku pun apalagi fliphair la. Eh lupa, tapi aku pakai tudung so flip tudung la.
"Sebenarnya dari pagi tadi aku tunggu kau nak tanya. Sebabtu aku nak kau datang sekolah cepat. Aku minum jamu mak dara. Amacam? Berkesan kan? Kau pun try la sekali. Kita sama sama cantik lepas ni."
"Hahahahah! Kau ni biar betul?! Minum jamu mak dara kau.... Tapi aku dah lama langsing, so buat apa aku minum?" katanya berlagak sambil ketawa.
"Ek eleh, berlagaklah kau! Tak pe yang penting bukan kau sorang yang langsing sekarang ni. Aku pun."
"By the way, tahniah! Nak aku belanja tak? Aku boleh belanja kau chocolate indulgence banyak banyak kat secret recipe. Tu kan favourite kau, biar kau gemuk semula."
"Banyaklah kau nak belanja aku, kau tu dah la kedekut. hmph!" kataku sambil berpeluk tubuh. Fiya cuma ketawa. Selepas itu, ada pengumum yang menyuruh semua murid ke dewan untuk perhimpunan pertama.Aku dan Fiya pun sama sama bangun untuk turun ke dewan.
P/s: Ni novel baru, hadiah daripada miss. Sorry sebab lama tak online dan tak sambung novel cinta kluster. Miss busy gila-gila. Btw, cinta kluster otw. Sementara tunggu, bacalah novel ni dulu ya? Selamat membaca.
Sesiapa yang nak follow miss di ig @syasymgurlz. Miss baru buat ig nii. So, kalau ada new entry, miss maklum kat situ terus. Kalau ada nak tanya apa2 pun, dm me okay?
Lepas baca jangan lupa komen tau. I love u my readers.😉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan