Isnin, 1 Februari 2016

CINTA KLUSTER❤
BAB 17

Pagi isnin itu, semua pelajar berkumpul di dewan untuk perhimpunan. Setelah selesai memberikan ucapan dan bersurai, pelajar-pelajar mula memasuki kelas masing-masing.

"weh,kau dah siap ke belum latihan kimia yang cikgu rahmad bagi tu?" tanya qiela kerisauan.

"err, ooo dah dah. Semua kerja aku dah beres. Alhamdulillah." jawab alisya tanpa riak.

Tiba-tiba cikgu rozana masuk.
"helo gais, harini cikgu ada suprise untuk kamu semua. Well, kamu akan dapat kawan baru!!" kata cikgu rozana ceria. Namun sayangnya, semua muka pelajar dalam kelas itu dengan wajah seposen karat.

"err.. ooo. yeayyyy." kata pelajar-pelajar dalam kelas itu lagi. Tetapi nada yang diberikan sama sekali tidak ikhlas.

"okay dah dah. Silakan masuk." kata cikgu itu sambil memberikan isyarat tangan agar pelajar baru itu masuk ke kelas tersebut.

"Assalamualaikum. Hai semua. Nama saya Mohd Alif Isyhraff bin Mohd Ammar. Boleh panggil Alif. Saya baru sahaja berpindah masuk ke sekolah ini sekarang. Saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Rahman. Selamat berkenalan." kata alif panjang lebar sambil memperkenalkan diri kepada semua pelajar di dalam kelas 4 Pintar itu. Mata alisya yang repet mengantuk dan muka monyok tidak bersemangat tadi bertukar kepada muka yang terkejut beruk. Matanya buntang dan mulutnya ternganga. Lidahnya kelu dan tidak terkata. Manakala muka Alif hanya tersenyum sahaja sambil melihat ke arah alisya yang kebingungan.
Pelajar-pelajar perempuan mula berbisik-bisik. Maklumlah, sungguh kacak sekali pelajar baru ini. Orangnya tinggi lampai. Berkulit putih. Hidung mancung. Rambut pendek kemas bergaya. Sama kacak seperti Asyraf. Cuma yang membezakan mereka berdua, Alif mempunyai lesung pipit. Sudah tentu pasti ada persaingan nanti.

"okay, selesai berkenalan? Sila pergi duduk di meja kosong kat belakang sana." Alif akur sahaja lalu melabuhkan punggung ke kerusi dan meja yang berdekatan Alisya itu. Asyraf hanya melihat dengan pandangan kosong.

Apabila tiba waktu rehat, para pelajar mula ke kantin, kooperasi, gerai jualan, perpustakaan dan sebagainya. Alisya dan Qiela sudah berjanji untuk rehat bersama Aisyah dah Sarah di kantin. Mereka mula mengambil tempat duduk kosong dengan segera kerana nanti pasti akan berebut-rebut untuk duduk di tempat duduk yang strategik itu iaitu dekat dengan makanan.

Oleh kerana Alif pelajar baharu, dia kurang tahu di mana kantin berada. Jadi, dia mengikut kumpulan Asyraf untuk rehat bersama. Apabila sampai di kantin, ramai pelajar yang melihat ke arah mereka sambil tersenyum simpul. Lebih-lebih lagi ke arah Alif. Mentang-mentang pelajar baru kan?

 "eh, tu sya la. Jom duduk kat sebelah meja dia. Kosong lagi tu." kata Danial.

"okay jom cepat." kata aeril pula. Mereka berlari untuk ke tempat duduk kosong itu agar tiada siapa yang boleh merampas tempat duduk itu nanti.

"haish,macam budak-budak. Sorry la eh. Diorang memang macam tu sikit." kata Asyraf kepada Alif.

"hehe sokay".

"Hai Sya. Sorang je?" tanya aeril apabila sudah duduk di sebelah meja alisya.

"haah, tak sunyi ke? kalau sunyi, biar cik abang- cik abang ni yang temankan"kata danial pula.

"eh tak lah. Berlima. Tak nampak ke? " Alisya berloyar buruk. Sedangkan dia seorang sahaja waktu itu kerana rakan-rakannya pergi ambil makanan. Dia hanya perlu 'menanda' tempat itu. Rakannya yang lain tolong ambilkan makanan untuknya.

"Hai sya." kata Alif sambil tersenyum. Asyraf , Aeril dan Danial memandang pelik ke arah Alisya apabila Alisya buat-buat tak dengar dan bermain-main jari.

"oit sya. Alif tegur kau tu" kata danial.

"ooo. Siapa dia?" tanya Alisya selamba tanpa fikirkan sedikit pun perasaan Alif tika ini.Tersentak sungguh Alif. Namun dia cuba mengawal riak mukanya agar orang lain tidak mengesyaki yang hatinya sungguh terluka. 'sampai hati kau Alisya. Buat-buat tak kenal sepupu sendiri' bisik hatinya yang terluka.

Di asrama...
"Wei korang. Aku nak bagitahu satu rahsia ni. Memandangkan kauorang semua kawan rapat aku, dan sebab aku rasa dah tak boleh nak pendam lagi dah. Aku rasakan... Aku dah jatuh cinta laaa" kata-kata sarah mengejutkan semua orang terutama Aisyah. Tidak percaya dia bahawa kawan baiknya yang kasar itu, telah jatuh cinta pada insan yang paling dibenci iaitu lelaki.

"Haa??!" serentak berkata semuanya.

"serius???" jerit qiela teruja.

"whatt???" alisya pula sengetkan mukanya.

"Dengan siapa?" serentak lagi.

 "err, bertenang semuanya. Aku tahula korang terkejut dan tak boleh percaya semua ni. Tapi kalau ye pun, janganlah cerlung aku macam tu. Naik seram aku ni." ujar sarah.

"okay okay. Kitaorang akan bertenang. Tapi kau kenalah cepat bagitahu siapa lelaki tu?? cepatlah cepatlah" kata Aisyah tidak sabar.

"Siapalah lelaki bertuah yang bukakan hati kau macam batu tu eak?" tanya sya keliru.

"tengoklah tu. Kenapa senyap? senyum-senyum pulak tu. kitaorang bukannya suruh kau senyum, suruh bagitahu.... cepatlahh..." qiela sudah tidak sabar.

"ye ye. okay sabar. Adoi.. tak sabar betul. Orang tu ialah orang yang baru masuk kelas kauorang berdua." kata sarah sambil memuncungkan mulut kearah alisya dan qiela.

"Whatt?!" serentak lagi.

"Bila kau ada perasaan tu?" tanya aisyah.

"Tadi. Masa kita makan ramai-ramai bersama dia. Selalunya, makanan adalah segalanya bagi aku. Tapi tadi aku tak boleh nak fokus pada makanan. Asyik tengok dia je.. Aku curi-curi pandang. hahaha. Aku rasa hati aku memang dah terpaut pada dia. Tapi kan.. aku rasa sedih." luah sarah kepada semua.

"Aik, kata jatuh cinta. Sepatutnya, kalau kita jatuh cinta. Kita akan rasa gembira. Macammana pulak kau jatuh cinta kau yang sedih?" tanya qiela hairan dengan perasaan sarah itu.

"Hish.. bukanlah. Memang aku gembira aku jatuh cinta, cuma.. aku sedih sebab aku perasan yang dia asyik pandang sya je masa tengah makan tadi. Aku tahulah yang aku tak lawa macam kau sya." rajuk sarah membuatkan semua memandang alisya.

"Apa? Bukan salah aku pun. Dia tu yang gatal tengok aku. Suka tengok perempuan. Hisy!!" kata alisya marah.

"hmm. Untunglah kau sya. Lahir-lahir je dah cantik. Untung sangat." kata sarah lagi.

"Eh dah dah. Kalau kau nak melalut macam tu, malas aku nak dengar. Baik ak pergi siap. Dah nak maghrib. Nanti nak pergi surau pulak." kata Alisya lalu straight menuju ke bilik air.

Azan maghrib berkumandang. Maka wajiblah manusia menunaikan amanah solat. Semua pelajar berjalan menuju ke surau. Dalam perjalanan, Alisya ternampak Asyraf berjalan bersama rakan-rakannya sambil meletakkan kedua tangannya ke dalam poket baju melayu ungu gelapnya.Songkok terletak kemas dikepalanya. 'hmm. kacaknya dia malam ni. Eh, warna baju dia dengan baju aku samalah. Agaknya dia suka warna ungu kot. Samalah dengan aku. hehe' hati Alisya berbicara riang. Dengan secara tiba-tiba, Asyraf memandang alisya. Segera alisya memberi senyuman. Namun hampa, Asyraf memalingkan wajahnya sambil membuat muka 'stoned'.

"Mulalah tu, diri lama dia dah kembali" kata alisya sambil buat muka tak puas hati.

"Kau cakap dengan siapa sya?" tanya qiela.

"Eh, tak ada la. Aku cakap dengan diri aku sendiri."

"ooo. Ingatkan kau dah gila tadi." kata sarah pula.

Kahkahkah. Mereka ketawa serentak. Aisyah tak ikut. Dia tidak boleh solat. Jadi dia tinggal di bilik sahaja.

Sambil itu, Asyraf memerhatikan Alisya yang sedang ketawa bersama rakan-rakannya. Satu senyuman diukirkan dalam diam.

"oit. Kau tengok apa tu?" tanya Alif.

"Tak ada pape pun. Jom masuk surau"

Alif sudah menjadi sebahagian daripada kumpulan Asyraf kerana mereka selalu bersama dan di kalangan pelajar terkacak. Jadi sangat sesuai jika dia berkawan dengan geng Asyraf. Lagipun dia sebilik dengan geng itu juga. Satu kebetulan yang sangat menarik.

p/s: maafkan sis. sis terlalu busy sangat sampai tak sempat nak menulis. thanks kepada pembaca setia sis yang masih sudi nak jenguk jenguk blog ni walaupun sudah lama tak berpenghuni. sekali lagi berbanyak banyak terima kasih dan maafkan sis😢😢

p

2 ulasan:

  1. ermm best best. miss sambunglah cpat... kitorang penat tunggu tau��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam