Rabu, 30 Mac 2016

CINTA KLUSTER❤
BAB 18

"Alisya!" terpik cikgu mazlan yang meluruhkan jantung semua pelajar.

"Y..ya cikgu." balas Alisya takut-takut.

"Kamu tidur ya semasa saya mengajar?!" suaranya tegas seperti tadi.

"M..maafkan saya cikgu. Saya tak sengaja." Alisya kegagapan lalu menunduk ke bawah tidak memandang lagi mata cikgu Mazlan.

"Dah! Sekarang jugak awak pergi basuh muka!"

Alisya terus meluru keluar ke tandas. Dia berasa agak malu kerana disergah begitu oleh cikgu Mazlan di depan semua rakan-rakannya. Namun ditabahkan sahaja hati kerana salahnya juga duk terangguk-angguk kerana ketiduran.



Di kantin..

"Huarghhh"

"Woi! Kau ni dah kenapa? Dah lah menguap sampai menangis." tegur qiela yang menyentakkan Alisya yang sedang mamai.

"Ha? Apa dia kau cakap? ooo.. Aku tak nangis la. Aku menguap memang keluar air mata." jawab Alisya lurus. Padahal Qiela sedang menyindirnya.

"Semalam kau tido pukul berapa?" tanya sara pula.

"Pukul 11 la."

"Habistu kenapa yang kau mengantuk sangat ha?"

"Entahlah. Aku penat kut."

"Sian kat kau sya. Dah lah kena marah dengan cikgu depan orang ramai pulak tu" kata Yana pula.

"Hmm. Memang padanlah dengan muka aku. Aku yang tertidur tadi. Tapi serius weh. Aku tak sengaja langsung." katanya lalu menyuapkan sesudu penuh mi tomyam ke dalam mulut dengan selamba. Tercengang semua rakannya dengan perbuatan Alisya yang acuh tidak acuh. Lalu mereka semua menyambung makan dengan cepat kerana waktu rehat hampir tamat.

Kringggg!!!!

Waktu rehat telah pun tamat. Semua pelajar mula beredar menuju ke kelas masing-masing. Setelah habis masa pembelajaran dan pelajaran, masa rehat kedua telah tiba. Para pelajar menuju pula ke surau untuk menunaikan solat zohor. Oleh kerana Alisya sedang period sekarang, dia mengambil keputusan untuk pergi ke taman mini berdekatan dengan asrama. Dia mengambil tempat di sebuah bangku panjang yang masih kosong dan agak jauh daripada orang ramai. Kelihatan ramai pelajar lain yang turut berada di situ. Alisya hanya memerhati dengan pandangan kosong. Tetapi dirasakan matanya sungguh mengantuk. Jadi dia tidur terduduk sambil terangguk-angguk seperti di dalam kelas tadi. Sedang dia lena tidur, seseorang berjalan menuju kearahnya tanpa disedari. Tiba-tiba pemuda itu melajukan langkah kakinya ke arah Alisya apabila melihat kepala Alisya seperti mahu jatuh ke bawah lalu segera menyambut kepala Alisya yang sudah terlentok. Tersentak sungguh Alisya tika itu. Bulat matanya serta merta.

"Woi! Kau ni kan, tidur tak kena tempat langsung!" jerkah Asyraf.

"Yang kau datang sini nak marah-marah ni apesal? Cakap elok-elok sikit tak boleh ke?!" balas Alisya yang berasa bengang dengan sikap tidak beradab dan kurang ajar daripada Asyraf. Reda terus marah Asyraf. Namun, perasaan bersalah menyelubungi dirinya.

"Err, aku minta maaf. Aku tak sengaja termarah kau." pinta Asyraf ikhlas.

"Hmm. Sokay la. Aku pun nak minta maaf juga" Asyraf pun mengambil tempat di sebelah Alisya. Kalau dilihat dengan mata kasar, sepertinya pasangan kekasih sedang berdating di taman. Jelingan cemburu daripada para gadis mula kelihatan.

"Habis tu, kenapa kau tidur kat sini? Mujur aku sambut tadi. Kalau tak, memang dah cium rumput la kau agaknya." nada Asyraf sudah bertukar ke level biasa.

"Dah aku mengantuk sangat. Tak tahu kenapa aku rasa lesu je harini."

"Hmm.. aku rasa kau kena pergi klinik. Sebab manalah tahu kalau kau ada penyakit. Baik kau pergi check segera. Takut melarat. Nanti kang tak sempat pulak." balas Asyraf selamba tanpa memikirkan yang gunung berapi di sebelah sudah hendak meletus.

"Habis tu, kau nak cakap aku ada penyakit la ni?! Cara kau bercakap tu macam memang nak suruh aku ada aje kan?! Seolah-olah nak kata aku ni ada sakit berat macam kena kanser dah, lepastu macam nak suruh aku mati awal jeh! Dah lah cakap tak berlapik!" level suara naik tiga anak tangga. Mujur orang lain tidak dengar kerana mereka duduk agak jauh daripada orang lain.

"Eh mana ada aku nak cakap macam tu. Kau tu yang buruk sangka. Overthinking. Lepastu nak salahkan aku pulak. Tapi aku rasa kau memang ada penyakit pun, penyakit tidur. Kau kan suka tidur." ejek asyraf memberasapkan telinga Alisya. Kali ini, satu muka Alisya berwarna merah. Asyraf pun gerun melihatnya.

"woi! kalau ya pun agak-agak ah nak bercakap. Jangan sampai aku genyeh mulut kau tu dengan lada jarum pedas berapi. Biar terbakar mulut kau tu. Padan muka!" Berang sungguh Alisya tika ini. Namun ugutan itu dibalas dengan ketawa kuat daripada Asyraf. Sepertinya dia sedang tengok Maharaja Lawak Mega sahaja. Makin berasaplah si Alisya ni.

"Yang kau ketawa macam orang gila ni apesal pulak?! Sewel eh?" sindir Alisya pula. Namun hampa, Asyraf hanya senyum sahaja. Langsung tidak marah akannya. Mungkin dia menganggap 100% kata-kata Alisya adalah tidak serius dan hanya gurauan semata-mata.

"Haha tak de la. Aku gurau je. Sebenarnya aku datang sini nak bagi benda ni. Nah." Asyraf menghulurkan sekotak susu dutchlady susu kopi kepada Alisya.

"Hish. Apa ni?" tanya Alisya bendul.

"Tak sangka kau ada penyakit mata pula. Kalau kau nak tahu, ni namanya bola." balas Asyraf geram dengan pertanyaan Alisya.'sudah tahu pun nak tanya lagi' gumam hati Asyraf. Alisya menjegilkan matanya.

"Buat apa bagi aku kopi?"

"Astaghfirullahalazim.. kenapa dengan kau hari ni? dah tentulah aku nak suruh kau minum, telan, hadam. Takkan nak suruh kau mandi dengan benda ni." jelas Asyraf sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Yelah.. manalah tahu nak suruh aku tolong bagi kat orang lain ke.."

"Kalau aku nak suruh kau bagi kat orang lain, baik aku tak payah jumpa kau. Membazir air liur aku jeh duk bertekak dengan kau tu dari tadi lagi. Baik aku pergi bagi sendiri kat orang tu."

"oo. sedar pun membazir air liur konon. Yang kau cari pasal dulu dengan aku apasal?"

"Ek eleh... dah tu kau nak ke tak air ni, banyak songeh pulak. Bebel je tahu. Mak aku pun tak bebel macam kau."

"Hmmp! Masalahnya, aku bukan mak kau la. By the way, aku tak suka kopi. Tapi dah kau beli dah, aku kenalah minum. Kau la ni.. beli kopi. Aku suka coklat. Bukan kopi."

"Amboi sedapnya kau main order. Belilah sendiri. Duit banyak. Ada aku kesah kau suka coklat ke tak, kalau ikutkan, aku pun suka coklat. And by the way, ni bukan aku yang bagi. Aku tolong sampaikan aje."

"Hah? bukan kau? habistu siapa?" nada kecewa berbunyi.

"Kenapa terkejut? Kau memang harapkan aku yang bagi ke? Tapi,aku bukan kedekut eh. Cuma ada yang lagi pemurah hati sebab nak belanja kau." Asyraf tersengih sumbing.
'aku nak bagi kat kau sebenarnya, tapi dah ada orang nak bagi dulu. Tak jadilah aku beli untuk kau.' kata-kata itu disambung dalam hatinya.

"Tak ada maknanya. Dah tu tak kan la aku tak nak tanya siapa yang bagi kalau dah terang-terang kau cakap bukan kau yang bagi. Kau memang kedekut pun" Suaranya di cover agar Asyraf tidak perasan nada kecewanya.

"Ek eleh. Kau pun kedekut jugak. Orang tu suruh aku bagi sebab dia takut nak bagi sendiri. Dia bagi perisa kopi pun sebab kau kan ngantuk je hari ni, so dia bagilah kau minum kaffien, biar mata kau segar."

"ooo. Tapi orang tu siapa? Bagitahulah cepat. Kalau kau tak nak bagitahu, aku tak nak terima air ni."

"Kau jangan risaulah. Bukan dia letak racun pun dalam ni. Aku ada dengan dia masa tengah beli air ni. So no worry la."

"Ni bukan pasal racun ke apa benda. Ni pasal penghargaan. Sebab tu aku nak tahu siapa yang bagi."

"Kalau kau nak tahu, kau tekalah siapa."

"Amboi amboi amboi. Main teka-teki pulak. Kau ingat aku ada masa ke hah nak main benda ni. Dah lah nanti nak kena masuk kelas balik. Tak ada masa aku."

"okay okay. Orang tu ialah.... Alif."

"Alif mana pulak ni?"

"Alaa, Alif budak baru kelas kita tu, geng baru aku la. Takkan kau tak kenal kot. Mustahillah."

"ooo. so dialah yang bagi ni?"

"Haahla, dialah yang baik hati lagi pemurah yang bagi kau air kopi ni supaya kau tak mengantuk.."

"oo. Kalau macam tu, apa kata kau ambik je air ni. Kalau kau tak nak, kau buang je. Tak pun bagi orang lain. Sebab aku tak kuasa nak minum air ni. Berlendir tekak, nak muntah!!" lalu Alisya terus bangun menuju ke kelas meninggalkan Asyraf yang terkulat-kulat disitu.
'uish, tak menghargai langsung. Tapi kenapa perangai dia pelik tetiba je? Tadi okay?'