CINTA KLUSTER❤
BAB 16
2 minggu cuti sekolah dihabiskan begitu sahaja di Australia. Banyak pengalaman alisya dan keluarganya dapat setelah bercuti disana. Namun ibu bapa alisya belum pulang. Mereka masih menguruskan syarikat walaupun ianya sudah stabil sekarang. Bagaimanapun, kerja sekolah alisya tetap jalan. Dia siap bawa buku sekolah lagi ke Australia.
Hari ni hari yang paling ditunggu-tunggu. Keputusan peperiksaan TOV akan keluar. Alisya tidak sabar hendak tahu keputusan peperiksaan pertamanya di sekolah ini.
"Tung tung tung tung.. bagi semua pelajar yang menghadapi peperiksaan TOV yang lepas, sila pergi check keputusan anda di papan kenyataan lorong blok mawar. Sekian. Ulang suara...." sebaik sahaja pengumuman diumumkan, ramai pelajar yang berlari keluar dari kelas menuju ke blok mawar. Alisya turut melangkah laju bersama kawan kawannya.
"Wei sya! Ramai sangat orang ni. Nantilah kita tengok. Nanti tak pasal pasal ada yang tidur bawah tapak kaki orang lain." Kata qiela sambil terjenggul-jenggul kepalanya akibat terlalu ramai orang berkerumun di papan kenyataan. "Okay okay. Jom keluar. Adoi... tepi sikit, tepi sikit. Tumpang lalu." Kata alisya sambil keluar dari 'kerumunan' manusia itu. Bukan semut ok?!
Setelah keadaan reda, alisya dan qiela melangkah dengan pantas ke papan kenyataan . Alisya menggunakan jari telunjuknya sambil mencari namanya. Tersenyum lebar dia apabila dia berada di tempat ke 6 dalam tingkatan. Qiela pula di tempat ke 9. As always, sudah tentulah tempat pertama yang diwarisi turun temurun adalah Asyraf. Kata orang, belum pernah lagi dia turun kedudukan, walaupun di tempat kedua sekalipun. Bijak betul dia ni. Patutlah jadi kegilaan gadis gadis.
"Pergh mamat asyraf ni. Hebat betul." Alisya berkata bangga sedikit.
"Eleh, kau nak bangga lah tu kan sebab dia kan boyfriend kau.." qiela mencebik.
"Uisy, apa kau ni! Merapu je. Aku ni cuma kagum aje. Dia tak pernah turun kedudukan kot." Alisya membela diri.
"Ehem ehem, aku dengar nama indahku disebut la." Muncul geng asyraf sambil berdiri macho di belakang alisya dan qiela. Terkejut sungguh alisya dan qiela ketika ditegur seperti itu. Lalu mereka berdua berpaling ke belakang dengan perlahan.
"Apa? Ingat aku tak dengar ke korang cakap apa tadi? Aku dengarla. Korang sedang cakap pasal aku kan?" Tanya asyraf sambil mengangkat kedua dua keningnya.
"Eh, mana ada kan qiela? Kita tengah cakap pasal result ni. Bukan cakap pasal kau. Perasan betul!" Alisya panik.
"Oo, perasan? Eh, aku dengarla kau ada sebut nama aku tadi. A.S.Y.R.A.F ASYRAF! Kalau tak percaya, danial dan aeril pun dengar. Dia ada dengan aku tadi." Kata asyraf yakin.
"Eh, dahlah. Malas aku nak layan mamat perasan macam kau ni. Buang masa aje. Jom qiela. Kita masuk kelas." Kata alisya sambil menarik tangan qiela . Namun belum sempat dia melangkah, tangan asyraf menyekat mereka berdua. Asyraf meletakkan tangan ke dinding sambil mengadap alisya yang sedang panik.
"Baik kau cakap cepat . Apa kau cakap pasal aku tadi?" Asyraf merenung mata alisya yang semakin menggelabah.
"Hisy apa kau ni? Nanti orang nampak macammana? Cikgu nampak macammana? Hei tepilah. Aku nak masuk kelas ni." Alisya sudah berpeluh. Debaran terasa.
"Kalau kau tak nak sesiapa nampak, kau bagitahu la cepat. Kalau kau tak bagitahu jugak, maknanya kau memang sengaja la nak suruh orang nampak kedudukan kita macam ni kan?" Kata asyraf sambil mengenyit mata. Macam nak menggoda je.
"Eh, tak kuasa aku. Tepilah..." kata alisya sambil cuba lari. Namun pantas saja asyraf menyekat alisya dengan menggunakan badannya pula. Alisya ke kanan, dia ke kanan. Alisya ke kiri, asyraf ke kiri. Danial dan aeril yang melihat hanya ketawa sahaja dengan telatah mereka berdua. Bagi mereka, ianya sweet. Qiela hanya mendiamkan diri sambil menyembunyikan senyuman. Comel sungguh danial ketawa tika ini. Desis hati qiela.
"Eee. Geram betullah aku. Yang kau ketawa kenapa? Kau pulak diam je. Tak nak tolong aku ke?" Mati senyuman danial dan aeril. Qiela yang sedang merenung danial tersentak.
"Huh? Kau jujur jela." Kata qiela straight. Alisya buat muka bengang sambil isyarat mata 'tidak mahu'. Qiela pula balas isyarat mata 'cakap ajela'.
"Wei, apa korang berdua buat ni? Cakap ajelah." Asyraf bersuara.
"Er.. okay okay. Sebenarnya kitaorang puji kau je tadi sebab... kau tak pernah turun kedudukan kau. And sebab.. kau selalu dapat nombor satu dalam peperiksaan. Tu je. Bukan benda penting pun. Lagipun ingat kitaorang tak de kerja ke nak mengumpat pasal kau." Kata alisya sambil menundukkan kepala.
"Laa. Kau puji ak rupanya. Kenapa tak cakap daripada tadi lagi. Kalau cakap awal awal kan senang. Kenapa kau tunduk? Kenapa tak pandang mata aku? Malu ea?" Asy menduga sambil tersenyum senget.
"Hisy mane ada malu! Aku tak nak tengok mata kau sebab.. sebab... er.. mata kau tak cantik." ' ah, hentam ajela.' Merah sungguh muka alisya tika ini. "Eh dahlah. Malas nak cakap and layan orang macam kau ni. Jom qiela.. " kata alisya sambil melangkah laju.
"What?! Danial , aeril! Aku salah dengar ke tadi? Dia kutuk mata aku? Dia cakap mata aku tak cantik? What was that?" Asyraf tak puas hati.
"Ala.. kau percaya cakap dia? Dia tipu je tu. Kau tak nampak ke dia gugup tadi? Mesti dia tengah malu. Tengok muka dia pun dah tahu. Merah semacam aje." Aeril menenangkan asyraf.
"Tapi... tetap tak boleh. Seumur hidup aku, belum pernah orang kutuk mata aku tau? Semua puji mata aku cantik, bersinar. Dia pulak kutuk macam tu aje." Bengang sungguh asy.
"Eh dahlah tu. Past is past okay?! Forget it." Kata danial pula.
"No no. Aku akan tunjukkan pada dia yang kata kata dia tu salah. Aku nak dia tarik balik kata kata dia." Kata asyraf tidak puas hati.
"Mama!!! alif dapat nombor 1 mama!!! " kata alif masuk ke dalam rumah sambil menjerit gembira.
"Laa, ye ke? Tahniah alif." Ucap aunty maria kegirangan.
"Mama, alif nak buat satu permintaan boleh?" Suaranya sedikit mengendur.
"Yaa. Boleh sangat! Alif nak apa? Meh mama belikan" teruja sungguh aunty maria berkata.
"Alif tak nak hadiah pun mama. Alif nak tukar sekolah bole??" Tanya alif takut-takut. Berubah terus muka aunty maria. Lalu dia bertanya sambil keningnya berkerut.
"Aik, kenapa nak tukar? Alif tak seronok ke duduk di sekolah tu? Ke ada orang buli alif? Kalau ada, bagitahu mama sape budak tu? Biar mama saman dia." Marah aunty maria.
"Ha? Hisy mama ni. Mana ada. Alif kan ada tali pinggang hitam. Tak mungkinlah orang berani nak buli alif." Kata alif sambil ketawa terkekek kekek.
"Alif cuma nak masuk sekolah yang lebih baik. Alif nak pergi sekolah kluster kecemerlangan macam isya tu. Boleh mama hantar alif pergi sekolah sana?" Tanya alif sambil membuat muka kesian. Siap kerdip kerdipkan mata lagi.
"Hmm. Jap mama fikir. Tengoklah nanti. Nak tanya papa dulu. Kalau papa on, mama on lah jugak." Kata aunty maria.